[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]


[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]

10 Mei 2022: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM

Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sangat menitikberatkan aspek pendidikan bertepatan dengan misi pertama BKAWM iaitu "Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik". Hal ini menunjukkan keprihatinan dan kecaknaan BKAWM kepada mahasiswa di sini untuk sentiasa meningkatkan kualiti dan mutu sebagai seorang mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam akademik.

Peperiksaan semester kedua khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2021/2022 akan bermula pada pertengahan bulan Mei 2022. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021/2022 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 10 Mei 2022.

Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang berkaitan dengan pendidikan sahaja yang akan diadakan bagi membantu kecemerlangan seluruh mahasiswa dan mahasiswi Islam di bumi Mesir ini.

Pihak BKAWM mengharapkan agar seluruh mahasiswa Wilayah Persekutuan di bumi Mesir ini dapat memanfaatkan masa dan ruang waktu yang ada ini dengan sebaik mungkin bagi melakar kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak.

MUHAMMAD FAIZ BIN MOHAMAD SHAHARIN,
Timbalan Yang Dipertua (Ketua Lajnah Perancang),
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2021/2022.

"Memurnikan Kesatuan, Melestarikan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah