[ KALAM PIMPINAN: SYURA: KEBERKATAN YANG DICARI ]


[ KALAM PIMPINAN: SYURA: KEBERKATAN YANG DICARI ]

بسم الله الرحمن الرحيم 

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيأت أعمالنا من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له, وأشهد أن لا إله إلا الله, وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat ke-159:

وَشَاوِرْهُمْ فِي اْلأَمْرِ

Maksudnya: “Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.”

Dalam era meniti arus pembentukan ideologi pemikiran, ahli dalam sesebuah mesyuarat ataupun syura adalah satu posisi yang amat penting sehingga menjadikannnya tidak mungkin dipisahkan dalam merangka bentuk sesebuah negara. Oleh kerana, seorang pemimpin yang berkaliber atau bagus sekalipun tidak akan terlepas dari sifat lemah, lalai dan kecelaruan dalam beberapa hal.

Dalam kitab الشورى في الإسلام karangan Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buti, beliau menggariskan dua jenis ataupun bentuk syura yang terdapat di dalam Islam sesuai dengan sejarah pelaksanaannya di zaman nabi dan para sahabat. 

Pertama, Syura al-Mu’limah, ketua mengambil kira pandangan semua ahli mesyuarat, namun keputusan akhir bergantung kepada dirinya. Kedua, Syura al-Mulzimah, syura yang semata-mata menerima keputusan kesepakatan ramai sekalipun ia bertentangan dengan pandangan peribadi seorang pimpinan. Walaubagaimanapun, kedua-dua jenis syura ini perlulah sesuai digunakan mengikut waktu yang perlu ia digunakan. 

Syeikh Abdurrahman as-Sa’di menggariskan di dalam tafsirnya beberapa faedah syura, antaranya:

1. Syura adalah termasuk ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.

2. Dengan syura akan melegakan mereka dan menghilangkan keraguan serta ketidakpuasan hati yang muncul kerana sesuatu isu. Berbeza dengan yang tidak melazimi syura. Ini akan menyebabkan orang tidak akan bersungguh-sungguh untuk menghayati dan mentaatinya.

3. Dengan syura, akan memberi sinar kepada pemikiran kerana menggunakan pada tempatnya.

4. Syura akan menghasilkan buah fikiran akhir yang terbaik. 
Bila di imbau tinta peredaran masa, konsep mesyuarat yang dianjurkan kebanyakan orang hari ini adalah hanya untuk mencari siapa salah dan siapa betul. Kemudian mendabik dada pabila pandangannya diangkat, ini amat lari dari konsep syura Islam yang sebenar.

Kesimpulannya, syura adalah proses perbincangan dan perundingan untuk mengeluarkan keputusan atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia adalah merupakan sebuah medan untuk mewujudkan kesatuan pemikiran (wehdatul fikr) yang akan menjurus kepada kesatuan amal (wehdatul amal). 

Selain itu, Islam telah memerintahkan agar umatnya melaksanakan mesyuarat dalam memutuskan sesuatu perkara, lebih-lebih lagi dalam urusan organisasi dan urusan berkaitan dengan kepentingan orang ramai.

Firman Allah SWT dalam Surah asy-Syura ayat ke-38:

وَٱلَّذِينَ ٱسۡتَجَابُواْ لِرَبِّهِمۡ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَمۡرُهُمۡ شُورَىٰ بَيۡنَهُمۡ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ

Maksudnya: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;”.

Disediakan oleh:
SITI NORUL IZZAH BINTI BUSARI
Timbalan Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKAWM sesi 2021/2022

“Memurnikan Kesatuan, Melestarikan Kebajikan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]