Posts

[ KALAM PIMPINAN: BAHAYA MEDIA SOSIAL ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah al-An'am : 32) Fenomena ‘Dunia di Hujung Jari’ ini menatijahkan masyarakat hari ini memperoleh maklumat yang luas tanpa batasan dengan kemudahan pelbagai aplikasi sosial yang tersedia dalam teknologi-teknologi pintar masing-masing. Jika dilihat daripada suatu sudut, ia merupakan satu perkembangan yang positif di mana Internet ataupun media sosial khususnya, kian menjadi medium maklumat terkini dan sumber ilmu pengetahuan. Namun malangnya, perkara sebaliknya yang berlaku. Jika semua maklumat di hujung jari, maka ia mudah disebarkan tanpa henti. Lambakan isu dan khabar angin kerap dimuat naik di ...

[ KALAM PIMPINAN: MUAMALAT DALAM ISLAM]

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, puji-pujian hanya layak bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda. وَقُلْ جَآءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا _“Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”_ (Surah al-Isra’: 81) Di antara perkara yang ajaran Islam berusaha untuk tegakkan adalah suasana yang solehah (al-Biah al-Solehah). Kewujudan persekitaran yang baik dan takwa akan mempengaruhi pembentukan jiwa dan akhlak penghuni yang berada di dalamnya. Apabila manusia hidup dalam sesuatu suasana, secara kebiasaannya ia akan mempengaruhinya. Jika seseorang yang kurang bijak hidup dikalangan mereka yang bijak, maka sedikit sebanyak bicara dan pendapat yang bijak dan berkualiti itu akan tempias kepadanya. Nabi SAW meny...

[ KALAM PIMPINAN: ISLAMOFOBIA KAH KITA? ]

Image
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Firman Allah SWT: يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ Maksudnya: “Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah as-Saff: 8) Pada zaman yang sedang membangun ini, kita sering dengar Islam dibenci, dimusuhi, dan diserang dari setiap aspek tidak kira aspek ekonomi, politik, serangan senjata dan yang lebih dahsyat lagi, serangan yang lebih halus iaitu serangan pemikiran. Tambahan, kini Islam di kaca mata orang kafir, dilabel sebagai pengganas, pelampau dan mundur. Istilah yang lebih tepat lagi a...

[ KALAM PIMPINAN: MEMBASMI MAKSIAT DALAM KALANGAN MAHASISWA ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, Tuhan penguasa alam dengan izin-Nya dapat kita merasa nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang menerima syafaat baginda. Firman Allah swt dalam Surah al-Anfal, ayat 25: وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ “Dan peliharalah dirimu daripada azab yang bukan hanya menimpa orang zalim di kalangan kamu sahaja dan ketahuilah Allah amat keras azab siksa-Nya” Dalam menjalani kehidupan seharian, seharusnya kita perlu berhati-hati dengan segala ujian yang menimpa. Sesungguhnya Allah SWT telah memberi peringatan dan menjanjikan azab yang pedih kepada manusia bukan hanya pada yang zalim, malah kepada yang beriman juga. Bahkan dalam sebuah hadis, Baginda bersabda: لم تظهر الفاحشة في قوم قط حتى يعلنوا بها الا فشا فيهم ال...

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

Image
(وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ) [Surat al-Baqarah 30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Tugas sebagai seorang khalifah adalah sangat besar. Kerana tanggungjawab untuk melaksanakan syariat Allah akan ditentang habis-habisan oleh musuh-musuh Islam. Namun, kita sebagai pemuda perlu berjiwa besar dalam berhadap...

[ WIFI’20: EKONOMI ISLAM MENGINSPIRASI KEMAJUAN UMMAH ]

Image
KAHERAH, 8, 9 & 10 Mac 2020 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2019/2020 telah berjaya mengadakan program Wilayah Persekutuan Food Fiesta 2020 (WIFI’20) selama tiga hari. Program ini telah diadakan di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan Hayyu Sabie'. Seramai 21 orang Ahli Jawatankuasa Pelaksana program dan 59 orang Ahli Jawatankuasa Kecil diperuntukkan. Antara objektif penting WIFI’20 ialah menjana ekonomi serta memperkasa tahap kewangan BKAWM di samping itu membuka ruang kepada ahli untuk menjana kewangan. Program ini juga bertujuan menerapkan urusniaga berlandaskan perundangan Islam dan mewujudkan suasana mahabbah antara ahli BKAWM dan seluruh mahasiswa Mesir yang hadir. Sebanyak 10 gerai yang dibuka terdiri daripada 10 gerai makanan bagi penender siswa dan satu gerai air yang dioperasi oleh pihak program sendiri. Gerai-gerai yang beroperasi menyediakan pelbagai juadah yang menarik seperti Nasi Ayam Tandoori Bakar, Burger Leleh Warisan, Mee...

[ KALAM PIMPINAN: KEFAHAMAN ISLAM YANG SYUMUL ]

Image
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi yang maha mengasihani. Kami bersyukur pada hari ini kerana Engkau masih memberikan kepada kami dua nikmat yang besar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam. Tanpa kedua-dua nikmat ini, bukan siapa-siapa lah kami disisi Mu. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam ini, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT di dalam al-Quran: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.(Surah al-Baqarah, ayat 208) Ayat diatas menjelaskan bahawasanya Allah SWT menyeru kepada semua orang beriman untuk berpegang dengan agama yang diredai-Nya iaitu agama Islam dan setelah memasukinya, wajiblah keatas...