Posts

[ KALAM PIMPINAN: SABAR DAN SYUKUR ]

Image
  [ KALAM PIMPINAN: SABAR DAN SYUKUR ]  بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam dengan izin-Nya dapat kita merasa nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita terus thabat dalam menyampaikan risalah Rasulullah SAW. Dari Shuhaib bin Sinan r.a. dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: عجبًا لأمرِ المؤمنِ . إن أمرَه كلَّه خيرٌ . وليس ذاك لأحدٍ إلا للمؤمنِ . إن أصابته سراءُ شكرَ . فكان خيرًا له . وإن أصابته ضراءُ صبر . فكان خيرًا له Maksudnya: “Alangkah mengagumkan keadaan orang yang beriman, kerana semua keadaannya (membawa) kebaikan (untuk dirinya), dan ini hanya ada pada seorang mukmin; jika dia mendapatkan kesenangan dia akan bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya, dan jika dia ditimpa kesusahan dia akan bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” Ketika mana kita diuji, maka terzahir nilai iman melalui sabar dan ...

[ KALAM PIMPINAN: HIKMAH PEPERANGAN BADAR ]

Image
  [ KALAM PIMPINAN: HIKMAH PEPERANGAN BADAR ] Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Bersyukur segala nikmat Allah yang tidak dapat dihitung jumlah banyaknya.  Menelusuri sirah yang telah diceritakan oleh Dr. Mustafa as-Syibaie, dalam kitabnya Sirah an-Nabawiyah Durus wa 'Ibar, peperangan Badar merupakan peperangan yang dihadapi oleh tentera muslimin dalam keadaan tiada persediaan untuk berperang.  Bahkan dengan kelengkapan dan bilangan tentera muslimin ketika itu yang tidak ramai iaitu 313 orang berbanding tentera musyrikin dengan bilangan kira-kira 1 000 orang tentera.  Namun sejarah menunjukkan kemenangan dalam pertempuran tidak bergantung pada kuantiti atau bilangan tentera tetapi ditentukan dengan kekuatan rohani yang ada dalam setiap jiwa tentera muslimin, disebabkan itulah mereka mencapai kemenangan.  Lihatlah sewaktu sebelum bermulanya peperangan, tentera musyrikin mengadakan pesta arak sambil didengarkan nyanyian oleh penyanyi wanita dan diiringi d...

[ KALAM PIMPINAN: ISTI'JAL (GOPOH DALAM PERJUANGAN) ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: ISTI'JAL (GOPOH DALAM PERJUANGAN) ]  بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam dengan izin-Nya dapat kita merasa nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita terus thabat dalam menyampaikan risalah Rasulullah SAW.  Firman Allah SWT:  خُلِقَ الْاِ نْسَا نُ مِنْ عَجَلٍ ۗ سَاُ ورِيْكُمْ اٰيٰتِيْ فَلَا تَسْتَعْجِلُوْنِ  "Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Ku; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya)." (Surah al-Anbiya: Ayat 37)  Dalam ayat ini, Allah hendak memberitahu dalam hendak mencipta diri kita ini, salah satu dari bahan ramuan untuk mencipta kita adalah sifat tergesa-gesa. Ini adalah salah satu daripada sifat manusia iaitu mahukan sesuatu itu dengan segera. Tidak...

[ BERITA: JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA BKAN DAN PERUBATAN ]

Image
[ BERITA: JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA BKAN DAN PERUBATAN ] KAHERAH, Mei & Julai 2022 - Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha adalah perayaan yang sangat bermakna buat umat Islam di seluruh dunia. Aidilfitri mengembalikan kita kepada fitrah manakala Aidiladha pula menanam sifat pengorbanan dalam diri. Setelah lebih kurang 2 tahun dunia berperang dengan COVID-19, kini keadaan semakin pulih. Pelbagai aktiviti secara fizikal dapat dijalankan seperti biasa dan tidak luput juga peringatan bagi penjagaan kesihatan yang sebaiknya.  Di Mesir tidak melepaskan peluang bagi merebut peluang ini untuk mengembalikan semula suasana yang saban tahun dirindui. Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dari seluruh negeri dan Persatuan Sains Kesihatan Malaysia (PERUBATAN) telah mengadakan jemputan rumah terbuka pada Hari Raya Puasa dan Korban tempoh hari.  Terima kasih kepada seluruh BKAN juga PERUBATAN kerana menjemput wakil pimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesi...

[ KALAM PIMPINAN: MENGHAYATI KEHEBATAN RASULULLAH ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: MENGHAYATI KEHEBATAN RASULULLAH ] بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن سيدنا محمد عبده ورسوله. Bersyukur kepada Allah SWT yang masih memberi nikmat Islam dan iman sebagai panduan kita dalam menempuh kehidupan di dunia. Selawat dan salam kepada kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW kerananya Islam masih tersebar hingga ke hari ini. Firman Allah SWT: { وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةࣰ لِّلۡعَـٰلَمِینَ } Maksudnya: "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." [ Surah al-Anbiya’: Ayat 107 ] Acap kali mendengar sirah Rasulullah SAW sepanjang hayatnya yang dikagumi kita sebagai umat Islam malah mereka yang bukan Islam. Sedikit gambaran kehebatan dan keistimewaan Rasulullah SAW telah diungkapkan dalam Ensiklopedia Oxford oleh John L Esposito iaitu: “Nabi Muhammad SAW adalah seoran...

[ BERITA: TAZKIYAH '22 ]

Image
[ BERITA: TAZKIYAH '22 ] KAHERAH, 6-11 Julai 2022 - Alhamdulillah, telah selesai program TAZKIYAH '22, anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir selama 6 hari di Asrama Wilayah Persekutuan Baharu, Awal Sabie.  Antara objektif program TAZKIYAH '22: 1. Menyambut Hari Kebesaran Islam Aidiladha.  2. Menjadi medan kepada ahli untuk menambah thaqafah berkaitan Aidiladha.  3. Menanam sifat ubudiyah dalam diri ahli.  4. Mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli.  Program dimulai dengan Gotong-royong Perdana, melibatkan seluruh penghuni asrama dan berpusat di Asrama Wilayah Persekutuan Baharu.  Seterusnya, telah berlangsunya Teori Sembelihan dan Melapah yang disampaikan oleh Ustaz Sayyidi Muizzuddin bin Mohamad Sabri, Penyelia Wisma Kelantan Shoubra.  Berkumandangnya azan Maghrib pada 8 Julai 2022, maka telah masuknya 10 Zulhijah 1443 Hijrah. U...

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

Image
[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ] Firman Allah SWT: یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱدۡخُلُوا۟ فِی ٱلسِّلۡمِ كَاۤفَّةࣰ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینࣱ ﴿ ٢٠٨ ﴾  Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” [Surah al-Baqarah: Ayat 208 ] Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sentiasa menjadikan aspek pentarbiahan sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembinaan insan sempurna. Usrah adalah salah satu tunjang pendidikan yang dapat membentuk fikrah dan mengukuhkan lagi ukhuwah.  Dengan berlalunya imtihan fasa 2 baru-baru ini, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM telah menetapkan tarikh bermulanya Discussion Group (DG) Manhaji adalah pada 15 Julai 2022. Semog...