[ BERITA: TAZKIYAH '22 ]


[ BERITA: TAZKIYAH '22 ]

KAHERAH, 6-11 Julai 2022 - Alhamdulillah, telah selesai program TAZKIYAH '22, anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir selama 6 hari di Asrama Wilayah Persekutuan Baharu, Awal Sabie. 

Antara objektif program TAZKIYAH '22:
1. Menyambut Hari Kebesaran Islam Aidiladha. 
2. Menjadi medan kepada ahli untuk menambah thaqafah berkaitan Aidiladha. 
3. Menanam sifat ubudiyah dalam diri ahli. 
4. Mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli. 


Program dimulai dengan Gotong-royong Perdana, melibatkan seluruh penghuni asrama dan berpusat di Asrama Wilayah Persekutuan Baharu. 

Seterusnya, telah berlangsunya Teori Sembelihan dan Melapah yang disampaikan oleh Ustaz Sayyidi Muizzuddin bin Mohamad Sabri, Penyelia Wisma Kelantan Shoubra. 

Berkumandangnya azan Maghrib pada 8 Julai 2022, maka telah masuknya 10 Zulhijah 1443 Hijrah. Usai solat maghrib secara berjemaah, telah diadakan Perutusan Khas Aidiladha yang telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Ieman bin Azmi, Yang Dipertua BKAWM sesi 2021/2022.

Tanggal 9 Julai 2022, bersamaan 11 Zulhijah 1443 Hijrah merupakan hari raya Aidiladha yang pertama. Solat sunat Aidiladha telah dilaksanakan secara berpusat di Dataran Hayyu Asyir. Selesai solat sunat Aidiladha secara beramai-ramai, program diteruskan lagi dengan Talkshow Duha yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Yusran Azim bin Mohd Berkuri, Fasilitator KPKM sesi 2021/2022 selaku panel yang pertama dan Ustazah Rosyidah Aqilah binti Rosli, Aktivis KPIPM selaku panel yang kedua. 

Pada hari raya Aidiladha yang kedua, telah diadakan sesi sembelihan dan melapah. Pada tahun ini, 15 ekor kambing dan 10 ekor khoruf telah dikorbankan. Sesi sembelihan dan melapah ini telah melibatkan seluruh anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir. 

Pada hari raya Aidiladha yang keempat, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan TAZKIYAH '22 yang telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Zuwairi bin Abu Bakar, Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan. Program diakhiri dengan jamuan hari raya. 

Akhir sekali, diharapkan program ini dapat memupuk sifat pengorbanan dalam diri semua anak Wilayah Persekutuan di Mesir serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang telah dibina. 

Disediakan oleh:
Muhammad Khoirul Ridhwan bin Mohd Khoiri, 
Setiausaha TAZKIYAH '22, 
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2021/2022.

#RayaBersamaBKAN

"Menyambut Seruan Ilahi"

"Memurnikan Kesatuan, Melestarikan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]