Motivasi Anjuran PPMM



ARWP, 29 Jan. Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir
(PPMM) telah menganjurkan ceramah motivasi "MENJADI PELAJAR CEMERLANG" yang disampaikan oleh Encik Hakimi bin Mohd Shafiai yang merupakan Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Majlis yang bermula jam 8:00 malam itu dihadiri oleh anak-anak Wilayah Persekutuan dan dirasmikan oleh Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff selaku Pengurus Asrama.

Encik hakimi merupakan penuntut yang sedang menyiapkan Phd beliau dalam bidang ekonomic in Islam di Kyoto Universiti of Japan, beliau hadir ke Mesir untuk menjalankan beberapa kajian yang melibatkan ekonomi dalam konteks kontemporari dikalangan ulama tersohor yang berada di bumi Mesir ini.
Banyak intipati yang beliau sampaikan pada malam tersebut yang membuka minda mahasiswa untuk memperluaskan lagi cabang ilmu yang sedia ada.

Beliau turut menekankan bahawa talaqqi di Mesir ini merupakan kayu ukur dikalangan mahasiswa dalam tingginya ilmu seseorang dan bukan dengan menghabiskan silibus di dewan kuliah semata. Tuntutlah ilmu dengan mereka(ulama) sebelum mereka pergi meninggalkan kita.
Ceramah berakhir pada Jam 10:00 Malam.


Encik Ahmad Yahya menyampaikan kalam alu-aluan


Encik Hakimi menyampaikan motivasi beliau
dengan penuh bersemangat



Antara anak-anak Wilayah yang hadir

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah