Putra Digest Kembali Berwajah Baru


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Segala puji bagi Allah diatas qudrat yang dipinjamkan, Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) pada sesi 2009/2010 ini akhirnya dapat mengeluarkan Putra Digest kali pertama bagi sesi ini. Putra Digest kali ini berwajah baru selain berubah saiz,edaran percuma,persembahan dan perubahan-perubahan lain yang dibuat atas kepentingan semasa. UPP sesi ini juga akan memperkenalkan e-Putra.

Putra Digest musim ini berdiri sebagai sumber informasi BKAWM yang asli lagi sahih. UPP yang bertanggungjawab menjaga perihal bentuk penerbitan di BKAWM akan memastikan tiada penyebaran berita-berita palsu atau sebarang risalah yang membawa kepada unsur-unsur negatif di BKAWM. Munasabah diatas menjustifikasikan bahawa Putra Digest wajib sampai ke rumah ahli pada setiap bulan purnama.

Dengan izin Allah Putra Digest yang besifat bulanan ini sedikit sebanyak berusaha untuk bersikap integriti BKAWM terhadap ahli dalam skop kebajikan dengan edaran Putra Digest secara percuma.

Hadiah UPP untuk ahli di Muhafazah. UPP memperkenalkan e-Putra.Dengan izin Allah UPP juga akan berusaha untuk setiap keluaran Putra Digest akan dimuatkan(upload) di laman rasmi BKAWN ini dan anda boleh memuat turun(download) Putra Digest dalam format JPEG tanpa rasa ragu lagi. Anda di Muhafazah juga berpeluang untuk menikmati Putra Digest sebagai saluran informasi BKAWM.

Kami dari Unit Penerangan dan Penerbitan mengharapkan agar ahli BKAWM dapat mengambil manfaat dari Putra Digest ini yang merupakan kesinambungan dari generasi ke generasi sehingga pada sesi ini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sidang editorial yang berpenat lelah melocak lesu dalam situasi untuk melahirkan Putra Digest. Saya mendoakan usaha kalian memperoleh keberkatan.


NORHALIS SYAFIQ BIN AHMAD

Ketua Unit Penerangan Dan Penerbitan

BKAWM sesi 2009|2010



*Teknik muat turun e-Putra.

  1. Klik pada 'Putra Digest' mengikut edisi di kolum E-Putra yang disediakan (disebelah kanan laman).
  2. Setelah klik, sila tunggu seketika untuk loading bagi e-putra untuk paparan yang jelas.
  3. Anda akan dapati e-Putra dan anda boleh untuk membaca secara online dengan tanpa muat turun terlebih dahulu. Atau, right-klik pada rajah tersebut dan save as e-Putra untuk anda. Selamat membaca.

*Tandakan bintang dibawah untuk posting ini.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]