3 Mahasiswi Qiraat Mansurah Kemalangan

MANSURAH, 19 Mei – Tiga Mahasiswi Qiraat tahun 1 Mansurah terlibat dengan kemalangan ketika sedang melintas jalan menuju ke Bank HSBC. Mereka dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta.

Nur Mahfuzah Mohd Roslan yang cedera di tangan serta dijahit dengan 11 jahitan, Nurul Ain Asmah Wahit cedera ringan di bahagian kepala dan perut, manakala Ummu Sofia Mohd Rostam cedera di bahagian kepala dan masih lagi dalam keadaan trauma.

Menurut Nurul Ain Asmah, mereka dalam perjalanan ke Bank HSBC, dan ketika melintas jalan mereka mengikut seorang lelaki warga tempatan dan mereka bersama lelaki itu dilanggar ketika hampir dekat pembahagian jalan berdekatan Bank HSBC Mansurah.

Ketiga-tiga mereka tercampak ke tengah jalan, Nur Mahfuzah dipercayai diseret jauh ke hadapan. Ketika kejadian mereka semua pengsan dan hanya sedar di hospital.

Ketika ini, mereka masih lagi ditahan di wad kecemasan untuk menerima rawatan susulan.

Turut bersama menziarahi, Saudara Muhammad Amirul Hasim selaku Pengerusi DPMM, Saudara Mohd Adham Hodari dan Saudara Mohd Zahimi Mohd Zhahid, Unit Pengetahuan & Pendidikan DPMM.

Saudari Solehah Harun (Naib Pengerusi HEWI 1 DPMM), Saudari Atiyqah Yusoff (Naib Setiausaha HEWI) Saudari Noor Akmaizan Yusof (Ketua Unit Penerangan & Penerbitan HEWI PMRAM), dan Saudari Nik Nor Azma Nik Abdullah (Ketua Unit Bendahari HEWI PMRAM) juga turut menziarahi mereka di Hospital Dauli. Sumbangan turut dihulurkan buat mangsa.
- Ehsan Web Pmram.org

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]