Positif dan Optimis Dalam Mencapai Matlamat Hidup


Bismillahirahmanirrahim


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh


Segala pujian dan kesyukuran kehadrat yang Maha Agung atas segala limpahan rahmat serta kasih sayangNYA,Selawat serta salam penuh kerinduan buat sayyidatul Mustafa salallahua’laihi wasalam,ahlul bait,para sahabat dan seluruh teman seperjuangan yang dikasihi fillah.


Sekalung penghargaan dan tahniah buat sidang editor putra dalam menjayakan risalah dakwah (menyampaikan maklumat) melalui medium ini dalam meneruskan kesinambungan perjuangan Islam.


Musim peperiksaan hampir tiba,sudah pasti seluruh mahasiswa dan mahasiswi sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi imtihan kali ini, Justeru itu sikap positif dan optimis amat diperlukan untuk dijadikan pendorong dan pengerak dalam menghasilkan individu yang lebih bermotivasi dan mempunyai cita-cita serta matlamat hidup , Disamping itu juga perkara yang lebih penting adalah ketabahan yang jitu dan sifat sabar yang tinggi,sifat-sifat ini pada manusia diibaratkan seperti ‘’ibu roti kepada roti kerana ia adalah satu faktor utama yang menyebabkan ia naik ‘’.


Contoh kesabaran dan ketabahan banyak tercatat dalam lipatan sejarah menyingkap sirah Rasulullah telah dipaparkan bagaimana ketabahan baginda dalam mengharungi ranjau-ranjau perjuangan dimana ia berakhirnya dengan kejayaan,jikalau baginda seorang yang mudah berputus asa tidak mungkin Islam akan berkembang sepertimana yang kita lihat sekarang.

Pernah Guru saya mengatakan’’Jangan pernah terfikir untuk putus asa,dan jangan pula meletakkan suatu harapan terlalu tinggi dan dengan konkongan perasaan,akan tetapi letaklah ia seiring dengan akal dan takdir’’


Pesan Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya mengenai makna Tawakal kita kepada ALLAH,bahawa engkau memantapkan peganganmu dengan janji-janji ALLAH iaitu engkau menguatkan peganganmu,bahawasanya segala apa yang telah ditakdirkan bagimu itu pasti akan sampai kepadamu..tidak boleh tidak walaupun seluruh makhluk yang ada dialam ini berusaha menghalangnya daripadamu dan sebaliknya apa-apa yang telah ditakdirkan bahawa ia bukan untuk engkau sudah pasti ia tidak akan sampai kepada engkau walaupun sekalian makhluk berusaha untuk menyampaikan kepada engkau.


Mutakhir ini,kita selaku mahasiswa-mahasiswi perlu mempersiapkan diri dengan kelengkapan yang sebaiknya disetiap sektor dan sudut yang memerlukan kita selaku penuntut ilmu,antara persediaan yang perlu dilakukan ialah dari sudut thaqafah serta kefahaman ilmu Islam secara mendalam.


Dikesempatan ini saya mewakili Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir mengucapkan selamat Berjaya dalam peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi,semoga kita semua dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang diredhai olehNYA,sama-sama kita panjatkan DOA kepada ALLAH SWT.Dan juga Memohon kemaafan diatas segala hak-hak yang tidak tertunai selama taklifan amanah ini.


Mengakhiri coretan saya pada ucapan ini,saya mengajak sahabat-sahabat agar kita sama-sama bermuhasabah untuk menilai sejauh mana usaha dan kemampuan yang telah kita curahkan pada ilmu,Sesungguhnya Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.


Akhirnya Salam Mahabbah buat semua,teruskan perjuangan dibumi anbiya’ ini dan kutiplah sebanyak mana yang mungkin mutiara-mutiara Ilmu yang terdapat di perlembahan Nil ini.


Salam Perjuangan buat semua….


Haizun hasni Mohamad Azmi

Naib Pengerusi,

Hal Ehwal Wanita Islam,

Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir 2009/2010

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]