Borang Aduan Hak Mahasiswa

Bagi meneruskan kesinambungan pelaksanaan Usul Muktamar Sanawi PMRAM, pihak Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan telah melancarkan `Borang Aduan Hak Mahasiswa’ bagi memberi ruang kepada seluruh mahsiswa/wi untuk mengaju sebarang aduan berkaitan hak mereka.

Borang tersebut boleh digunapakai untuk sebarang aduan mengenai pencabulan hak mahasiswa terhadap pihak yang terlibat. Borang tersebut bolehlah didapati melalui Unit Kebajikan PMRAM Cawangan masing-masing untuk diisi. Untuk teknikal pula, borang tersebut akan dicop rasmi apabila pihak PMRAM Pusat menerima aduan tersebut. PMRAM berharap semua ahli berani tampil untuk mengambil kesempatan ini mengajukan sebarang aduan pencabulan hak mahasiswa agar ianya terbela.

Lajnah Kebajikan BKAWM

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah