Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli Majlis MAIWP







ARWP, Kaherah. 27 Ogos: Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) hari ini menganjurkan majlis ramah mesra bersama Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),
Y.Bhg. Datuk Haji Abd. Manaf bin Haji Ahmad.


Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil pada jam 5:00 petang, dan Y.Bhg Datuk tiba di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) sekitar jam 5:45 petang.


Majlis yang berlangsung hanya 45 minit itu sudah memadai bagi pelajar-pelajar Wilayah Persekutuan yang menuntut di Mesir ini apabila bertentang mata serta diziarahi oleh Ahli Majlis MAIWP.

Datuk yang tiba di Republik Arab Mesir pada 26 Ogos lalu atas tujuan kerja dan penyelidikan dan mengambil kesempatan untuk melihat sendiri Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) yang mana beliau sendiri antara salah seorang yang menyumbang dalam mendapatkan Asrama Rumah Wilayah Persekutuan yang tersergam indah pada hari ini.

Majlis yang didahulukan ucapan Yang Diertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang mewakili Pelajar-pelajar Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi penghargaan kepada Datuk di atas lawatan beliau ke Asrama dan berterima kasih atas jasa beliau dalam menyumbang untuk mendapatkan Asrama yang kini dinikmati pelajar-pelajar Wilayah Persekutuan yang menuntut di Mesir.

Majlis berakhir dengan solat dan berbuka bersama pelajar-pelajar di Dewan Sri Putra, ARWP.


















-dari kiri: Sdr.Ab Samad Abd Aziz (YDP BKAWM), Datuk Hj Abd Manaf,
En.Ahmad Haniff Mohd Yahya (Pengurus Asrama)



















Turut kelihatan, Dua wakil Badan Pengurus
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM),
Sdr.Firdaus Noh dan Sdr.Mohd Huzaifah Fauzi



















Majlis dimulakan dengan bacaan Qiraat ayat suci Al-Quran
oleh Sdr.Nur Ahmad Wafi dari Pelajar Ijazah Qiraat Al-Azhar
cawangan Tanta

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]