Peranan Ahli Perubatan Di Jalan Dakwah
















Selain daripada bidang pendidikan, bidang perubatan dan kesihatan merupakan medan
dakwah yang paling utama. Perkara ini boleh dilihat dalam strategi penjajah apabila menakluki
sesebuah Negara.

Mereka langsung akan membuka sekolah-sekolah beridentitikan agama
mereka. Mereka juga membuka hospital-hospital dan klinik kebajikan untuk orang-orang yang
lemah dan miskin. Kesan-kesan ini masih boleh dilihat sekarang ini. Wujudnya sekolah-sekolah
La Salle, King George, Stella Maris, St. , Victoria dan sebagainya serta corak pakaian seragam
dan pergaulan yang diambil secara langsung daripada budaya mereka. Hanya di akhir tahun
80an barulah corak pakaian seragam yang menutup aurat dibenarkan termasuk juga di sekolah
kebangsaan biasa.

Bidang perubatan dan kesihatan juga tidak
ketinggalan. Sistem jururawat contohnya terlalu sukar
untuk diubah kerana ianya menggunakan asas
penjajah. Pakaian menutup aurat dikalangan jururawat
baru diperkenalkan akhir tahun 1990an.

Di samping
itu hospital-hospital missionary masih wujud secara
langsung contohnya Hospital Mount Miriam yang
merawat pesakit kanser diakhir nazaknya. Terdapat
sesetengah fakulti perubatan luar Negara yang secara
langsung menekankan tentang adab-adab dan budaya
kristian didalam silibus pelajarannya.
Ini belum lagi dilihat kepada perubatan
traditional dan alternative.

Bidang-bidang ini yang
berhadapan dengan tidak sedikit orang-orang sakit juga sebahagiannya mempunyai latar
belakang dakwah dan agama. Lihatlah bagaimana sesetengah sami budha juga turut dikenali
sebagai dukun atau sami hindu yang terkenal dengan keajaiban tersendiri.
Ini semua adalah persaingan dalam dakwah yang memerlukan bukan sedikit tenaga and
usaha daripada ahli perubatan dan paramedik muslim. Tetapi yang lebih penting daripada itu
adalah kesedaran dan perancangan daripada dai’ tersebut. Sudah tentulah persaingan untuk
memenangi hati manusia ini tidak boleh dihadapi dengan kekerasan dan senjata tetapi mestilah
dihadapi dengan psikologi dan lemah-lembut.

Di sinilah kita menekankan dakwah bil hubbi bukannya dakwah bil harbi. Iaitu dakwah
dengan cinta bukannya peperangan.

disediakan oleh| Team Medik | LAjnah Kebajikan BKAWM

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]