Qiamullail Dan Tazkirah Nuzul Quran






ARWP, Kaherah. 27 Ogos : IHRAM '10 tidak melepaskan peluang dalam menganjurkan aktiviti pada malam nuzul quran di Ramadhan Mubarak ini.

Bermula dengan qiamullail pada jam 2.30 pagi tadi, IHRAM '10 turut menganjurkan sahur jama'ie bersama-sama ahli BKAWM yang menghuni di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Turut serta ialah BP angkat BKAWM Sdr.Firdaus Bin Noh yang menjawat sebagai Bendahari Agung PMRAM.

Sdr.Firdaus Noh dijemput sebagai pentazkirah Nuzul Quran yang diadakan selepas solat subuh. Dalam penyampaian beliau, Sdr.Firdaus menekankan aspek Al-Quran di dalam jiwa kita sebagai mahasiswa Islam, terutamanya mereka yang berada di Ardhil Kinanah ini.

Beliau menyebut dengan kadar jenayah meningkat di tanah air, kes rogol, pembunuhan, pembuangan bayi, berzina dan sebagainya amat menakutkan kita hasil dari kurangnya penghayatan dan penerapan Al-Quran kepada masyarakat. Beliau melahirkan kekesalan dengan masyarakat hari ini apabila menjadikan Islam itu hanya digunakan untuk sambutan, seperti aidiladha,aidilfitri, maulid dan lain-lain. Penerapan Al-Quran atau Islam pada hari ini tidak lebih dari itu.

Kita sebagai mahasiswa yang disebut sebagai pelapis kepimpinan atau harapan negara sewajarnya melakukan persediaan pada diri dalam menghadapi cabaran untuk merubah minda masyarakat kini.



















Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]