Tahniah Dr Yamin, CEO Baru MAIWP - BKAWM


KUALA LUMPUR, 18 Jan – Dr. Muhammad Yamin Ismail diarah menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MAIWP berkuat kuasa 1 Januari 2011.

Beliau menggantikan Tuan Haji Anan C. Mohd yang ditukarkan ke Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 31 Disember 2010.

Muhammad Yamin, 44, berkelulusan Doktor Falsafah Syariah dan Ekonomi (Pelaburan Dana Amanah) dari Universiti Malaya pada 2007, Sarjana Syariah dan Ekonomi (Insurans dan Takaful) dari Universiti Malaya pada 1996 dan Ijazah Syariah dari Universiti al-Azhar, Kaherah tahun 1991.

Beliau berkhidmat di pelbagai bahagian di JAKIM mulai tahun 1992 sebelum dipinjamkan ke MAIWP pada tahun 2007. Beliau merupakan Pengurus Baitulmal MAIWP sebelum diarah menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Seluruh saf kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dan ahli-ahli BKAWM di Mesir mengucapkan Tahniah dan Selamat Bertugas kepada Dr Yamin yang menjawat jawatan CEO yang baru MAIWP.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]