Kelahiran Baru BKAWM Serikan Musim Peperiksaan


      11 Mei,KAHERAH – Ahli Jawatankuasa Tadbir Hal Ehwal Wanita Islam BKAWM Sesi 2011/2012 telah menziarahi pasangan mutazawwijin BKAWM yang selamat melahirkan cahaya mata baru-baru ini.
   
     AJKT HEWI BKAWM tiba di rumah pasangan Mohd Yassir bin Abd Rani mahasiswa tahun 4, Syariah Islamiyah cawangan Damanhur dan Nurul Khairiah binti Misbah mahasiswi tahun 4, Syariah Islamiyah Kaherah di Walidain,Haiyu Asyir sekitar jam 4.45 petang.

     Pasangan tersebut telah selamat menerima kelahiran cahaya mata perempuan yang diberi nama Alia Sofiah binti Mohd Yassir. Adik Alia Sofiah selamat dilahirkan melalui pembedahan dengan berat 3.3 kg pada tarikh 5 Mei 2012, jam 12.30 tengah hari di Hospital Taufiqiyah,Abbas Al-Akkad.

     Naib Pengerusi HEWI 1, saudari Nurul Hanna binti Mohammad Bokhari telah mewakili Lajnah Kebajikan mengucapkan tahniah atas kelahiran anak pertama pasangan ini dan menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan kepada ibu kepada adik Alia Sofiah,saudari Nurul Khairiah.

     BKAWM mengucapkan selamat datang ke dalam keluarga BKAWM. Semoga Adik Alia Sofiah membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah yang bersama membantu memperjuangkan kelangsungan Islam pada masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]