Majlis Wada' Aktivis BKAWM


Kaherah, 15 APR – Sebuah majlis perpisahan telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi memperingati jasa dan sumbangan tiga orang aktivis BKAWM yang akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Majlis telah dijalankan pada 14 April 2013 selepas solat Isyak.

Tiga orang aktivis tersebut ialah saudara Anuar Fakhri bin Ibrahim, saudara Muhd Nur Aizat serta saudara Miqdad bin Ayub.

Majlis dimulakan dengan alunan qasidah yang diketuai oleh saudara Ahmad Bushra bin Mohamad Salleh serta saudara Miqdad bin Ayub. Seterusnya, slot temu bual santai bersama ketiga-tiga aktivis yang diraikan tersebut telah dijalankan dan dikendalikan oleh saudara Muhd Haziq bin Rosli. Pelbagai pengalaman pahit dan manis telah mereka kongsikan.

Seterusnya, majlis turut diserikan denga persembahan daripada wakil Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM yang mengalunkan dua nasyid bertemakan perjuangan bagi memberi semangat kepada yang bakal pulang.

BKAWM sangat merasakan kehilangan dengan kepulangan tiga orang aktivis yang sudah begitu banyak menyumbang jasa dan bakti bermula sejak awal sesi kali ini. Semoga kepulangan mereka diberkati serta mereka bakal mengaplikasikan segala pengalaman yang telah ditimba di sini untuk perjuangan serta gerak kerja Islam.

"BKAWM Keluarga Kita"
"KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]