Qum Fa Anzir Mendapat Sambutan Menggalakkan


KAHERAH, 2 April – Qum Fa Anzir, yang bermaksud ‘Bangun dan berilah peringatan’ merupakan sebuah program anjuran tiga unit di bawah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) iaitu Unit Kebajikan, Unit Hisbah dan Unit Bait Muslim pada 2 April yang lalu.
Program yang dimulakan pada jam 7.30 malam ini dianjurkan bagi mencapai beberapa objektif iaitu membumikan sistem hisbah, mengaplikasikan pelbagai metod dakwah, serta meningkatkan kesedaran ahli berkaitan kepentingan menjaga keselamatan bersama.
Majlis perasmian telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengarah program, Saudara Muhammad Zulkifle bin Zainudin dan disempurnakan oleh Saudara Muhd Bazli bin Zakaria, Yang Dipertua BKAWM.

Slot pertama bertajuk ‘Teori dan Aplikasi Pertolongan Cemas’ telah disampaikan oleh Dr. Siti Hajar binti Abdullah dan Dr. Nasuha binti Idris. Pelbagai nasihat serta tips telah dikongsikan bersama oleh para pengisi yang merupakan pelajar Tahun 4, jurusan Perubatan, Universiti Al-Azhar.

Seterusnya, program diteruskan dengan slot ‘Teori dan Praktikal Pertahanan Diri’. Untuk slot ini, Skuad Waja Diri (SWAD), sebuah unit di bawah Persekutuan Melayu Republik arab Mesir telah dijemput khas untuk memberi pengisian. Selepas memberi pemahaman dari sudut teori, para peserta yang hadir juga diajar dan dilatih asas mempertahankan diri secara praktikal. Seni mempertahankan diri di peringkat asas merupakan pengetahuan yang sangat diperlukan dalam diri setiap mahasiswa terutama di Mesir untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Bukan itu sahaja, kaunter khidmat nasihat berkenaan kekeluargaan turut dibuka pada malam itu oleh Unit Bait Muslim BKAWM. Pelbagai tips dan nasihat yang bermanfaat telah dikongsikan.

“Diharap agar semua ahli dapat mengamalkan segala ilmu yang telah diajar di dalam program Qum Fa Anzir. Tidak dilupakan sekalung penghargaan buat SWAD PMRAM kerana turut membantu dalam menjayakan program ini,” ujar Saudara Zulkifle selaku Pengarah program.

Program Qum Fa Anzir tamat pada jam 11.30 malam dengan jamuan ringan.


"BKAWM Keluarga Kita"
"KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN"

Comments

  1. salam.. knp ek? yg ceramahnye pmpuan, yg pndengarnya plak.. golongan llaki?

    xslh la, golongn mpuan ni bgi cramah.. serius.. xslh.. yg slh tu, nun, org yg dok komplen tp, ilmu xnk blajar, ilmu xda manfaat, ilmu xnak snggah pun dkat diri mreka..

    sokong arr, dgn golongan wanita ni.. tp, yg peliknya, xde ke golongan llki yg duduk tu nak qum fa anzir.. bukan ke spatutnya llaki yg bngun dn smpaikn kpd ummah dn wanita jdi tonggaknya.. bukannya wanita yg bngun dan llaki tau ’berpayung’ je..

    maaf la.. kasar sgt bahasa.. tp, rasa semacam ar.. rasa x?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]