Pimpinan dan Ahli Jayakan Futsal

Perlawanan ini telah disertai oleh barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir serta ahli-ahli BKAWM termasuklah Perwakilan Mahasiswa cawangan Dumyat, Saudara Muhammad Saufi Basarah.
Perlawanan ini dianjurkan bertujuan mengeratkan ukhuwah terutama antara pimpinan dan ahli di Kaherah mahupun di cawangan. Selain itu, aktiviti bersukan juga dapat merehatkan minda dan menyihatkan tubuh badan.
Bersukan merupakan antara medium untuk berdakwah selain merapatkan jalinan silaturrahim sesama Islam. Semoga setiap aktiviti yang dianjurkan mendapat redha dan rahmat daripada Allah SWT.
"BKAWM Keluarga Kita"
"KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN"
Comments
Post a Comment