KEPULANGAN PERMATA BKAWM

Kaherah, 1 JUN 2015 - Pada 26 Mei 2015 bersamaan hari Ahad, seorang permata BKAWM, saudara Muhammad Syazwan bin Hamzah telah pulang ke tanah air. Beliau telah berangkat daripada Asrama Sementara Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabiek. Kepulangannya pada hari tersebut telah diraikan oleh mahasiswa di bumi Mesir 
terutamanya ahli BKAWM.
Beliau yang telah banyak berkhidmat kepada mahasiswa di bumi Mesir ini merupakan graduan kuliah Usuluddin Jabatan Tafsir al-Azhar cawangan Tanta.

Lajnah Kebajikan telah menganjurkan majlis perpisahan yang bertempat di Surau Darul Madani seminggu sebelum kepulangan beliau. Antara pesanan beliau adalah supaya menjaga dan meneruskan generasi pelapis bagi BKAWM. Beliau meluahkan keprihatinannya berkenaan hal tersebut kerana realitinya sangat sedikit penghantaran pelajar Wilayah Persekutuan ke bumi Mesir ini.
Penerima Anugerah Emas BKAWM bagi tahun 2014 ini juga berharap agar seluruh ahli BKAWM bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan menjadi generasi yang berilmu bagi membimbing masyarakat kelak. Beliau menegaskan keperluan akan adanya generasi yang benar-benar menuntut ilmu dan kepentingan untuk melahirkan tokoh-tokoh ilmuwan yang bakal berdepan dengan masyarakat Wilayah Persekutuan di Malaysia kelak. "BKAWM Keluarga Kita" "Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan" Satu Fikrah Satu Amal





0 comments:

Post a Comment

Blogroll