TAJHIZ JENAZAH : Menguruskan Jenazah Secara Teori & Praktikal

KAHERAH, 1 Julai – Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan sesi 2014/2015 dengan kerjasama Program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2015 (IHTIRAM’15) telah berjaya menganjurkan kursus Tajhiz Jenazah bagi ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM). Kursus ini telah diadakan di Surau Darul Madani, Asrama Sementara Wilayah Persekutuan. Kursus ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada ahli berkenaan cara-cara pengurusan jenazah dengan betul.

Kursus ini telah disertai oleh 30 orang pelajar, 10 orang daripadanya siswa dan 20 orang siswi. Slot ini telah dibentangkan secara teorinya oleh Ustaz Muhammad Faiz bin Mayusoh. Manakala praktikal di sebelah siswi dibimbing oleh Ustazah Siti Hajar Aisyah bt Sakdon dan Ustazah Wardatus Syifa’ bt Mhd Bakri. Kursus ini telah bermula dengan sesi pembentangan kertas kerja secara teori seawal jam 9.00 pagi sehingga 11.30 tengahari, kemudian disambung semula pada jam 12.30 tengahari untuk sesi praktikal kepada para peserta yang hadir.
Kursus ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mengalami sendiri proses pengurusan jenazah dengan menjadikan seorang peserta sebagai model mayat untuk dikafankan. Peserta siswi telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan semua peserta diajarkan cara untuk memandikan jenazah terlebih dahulu sebelum mengafankan jenazah. 

Program pengurusan jenazah yang telah diadakan ini adalah pendedahan awal kepada ahli BKAWM yang bertujuan mempersiapkan diri para daie dengan ilmu kemasyarakatan agar dapat meningkatkan thaqofah dan pengalaman berkaitan amal ijtimaie di samping dapat mengapikasikan ilmu ini dalam lapangan masyarakat umumnya. Semoga kursus pengurusan jenazah ini menjadi titik tolak kepada peserta untuk diaplikasikan kepada ahli keluarga mahupun masyarakat.


“Penghayatan Ramadan Membentuk Jati Diri Insan” “Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan” Satu Fikrah Satu Amal

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]