KURSUS COMPASS: Mendedahkan Asas Penting dalam Ilmu Klinikal
Kursus ini disertai oleh 30 orang pelajar dan dibimbing oleh 3 orang doktor yang bertugas di Hospital Kasr el-Ainy dan Hospital Tentera. Pelbagai teknik diajarkan oleh 3 orang doktor ini, antaranya cara suntikan, cara mengambil darah, cara menyuntik ubat dan banyak lagi. Walaupun kursus ini memfokuskan pelajar Sains Kesihatan, menakjubkan apabila 2 orang pelajar Pengajian Islam turut serta dalam kursus ini dan menunjukkan prestasi yang sangat baik semasa slot praktikal.
Kursus yang turut melibatkan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP
Berbaki 10 hari lagi untuk bulan Ramadan, masih banyak aktiviti menarik yang IHTIRAM’15 akan jalankan, antaranya ziarah ke rumah anak yatim, Masjid Hopping, wacana ilmiah, Daurah Linnisa’ dan banyak lagi. Mari sama-sama kita sertai.
“Penghayatan Ramadan Membentuk Jati Diri Insan”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”Satu Fikrah Satu Amal
Comments
Post a Comment