[BERITA: HARI MAKTABAH WADAH PENINGKATAN THAQAFAH AHLI]

KAHERAH - 28 Feb 2017 - Unit Pendidikan dan Pengetahuan telah mengadakan Hari Maktabah yang merupakan satu inisiatif untuk menghidupkan budaya keilmuan di kalangan ahli BKAWM. Program ini telah berlangsung selama 2 hari pada 27 Februari bgi siswa dan 28 Februari bagi siswi.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut. Selain itu, pertandingan teka silangkata turut diadakan bagi memeriahkan program waktu tersebut.



Hari maktabah dimulakan dengan sedikit penerangan mengenai kitab, yang bertujuan memberi galakan kepada ahli untuk pergi ke kelas-kelas pengajian serta dapat memanfaatkan waktu di Mesir. Aktiviti diteruskan lagi dengan sedikit penerangan "dropbox" atau nama lainnya dikenali sebagai "unused book donations" daripada pengerusi majlis. Tujuan dropbox ini diadakan adalah untuk menanam sifat pemurah dalam kalangan ahli. Turut diadakan aktiviti El'arabiyyah, iaitu kelas bahasa arab ammi yang telah disampaikan oleh saudara Muhammad Adnan bin Ahmad. Antara pengisiannya yang menarik adalah perkongsian berkaitan dengan kosa kata ammi yang sering digunakan dalam seharian.


Aktiviti terakhir pada hari maktabah adalah "Excelmate". Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan mengikut syukbah antaranya perubatan, Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab. Setiap syukbah dikehendaki untuk memberikan soalan kepada syukbah yang lain berkaitan dengan syukbah yang mereka ajukan dan kemudian diberi masa untuk menjawab. Menariknya aktiviti ini kerana ahli bekerjasama dan bertungkus lumus menyediakan jawapan  serta mampu untuk berkongsikan ilmu yang telah mereka pelajari.



Berakhirnya hari maktabah ini dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan silangkata dan kumpulan terbaik "excelmate".

Semoga dengan adanya program hari maktabah ini  sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan diamalkan apa yang telah dipelajari serta dapat meningkatkan lagi thaqafah di samping menghidupkan budaya  ilmu dalam kalangan ahli.

Disediakan oleh:
Unit Pendidikan dan Pengetahuan
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2016/2017

"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

0 comments:

Post a Comment

Blogroll

Loading...