[BERITA: WILAYAH SUPER BAZAR 2017 (SUPERB ‘17)PEMANGKIN EKONOMI, MENJALIN SILATURRAHIM]





KAHERAH, 20 Mac 2017-  Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2016/2017 buat julung kalinya telah mengadakan satu program mega bernama Wilayah Super Bazar (SUPERB ‘17) yang bertempat di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabie’. Program telah berlangsung selama empat hari bermula pada 15 Mac hingga 19 Mac 2017.




Antara objektif program SUPERB ‘17 ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran ahli dalam bidang keusahawanan sekaligus menjana kewangan BKAWM serta meningkatkan thaqafah yang berkaitan ekonomi kepada ahli dan seluruh pengunjung yang hadir. Di samping itu, untuk memperkasa kesepaduan antara ahli BKAWM dan seluruh mahasiswa Malaysia di Mesir.


Jualan bazar SUPERB ‘17 bermula pada pukul 1.00 tengahari sehingga 10.00 malam. Sebanyak 6 buah gerai telah disediakan. 3 buah gerai dikelolai oleh ahli BKAWM sendiri dan 3 buah gerai kepada selain ahli BKAWM. Unit Ekonomi juga turut membuka gerai jualan antaranya Garage Sale dan jualan makanan.


Sepanjang program SUPERB ‘17 dijalankan, beberapa slot pengisian diisi khusus kepada pengunjung antaranya Suai Kenal AJKT dan Hewi BKAWM serta Sembang Santai berkaitan Ekonomi Islam seperti Cara Mengurus Kewangan, Perniagaan Semasa Zaman Rasulullah SAW, Adab Berniaga Mengikut Syariat serta Pengenalan Tabung Kebajikan. 




Selain itu, beberapa aktiviti menarik turut disediakan untuk pengunjung yang datang seperti Teka Rasa, Teka Lagu, Apakah Ia? dan sebagainya. SUPERB ’17 diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada gerai terbaik yang disandang oleh gerai “Ellocoo Yang Dirindukan”.


Semoga dengan adanya program sebegini, ia dapat meningkatkan lagi kekuatan kesatuan dan dapat menerapkan nilai-nilai ekonomi Islam pada diri kita sebagai seorang muslim serta  segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Disediakan oleh:
Setiausaha,
Wilayah Super Bazar (SUPERB ’17),
BKAWM sesi 2016/2017.

“Menjana Ekonomi, Meribat Ukhuwah”
“Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”


Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]