[ BERITA: JAWATANKUASA ROMBAKAN ASRAMA 2019 (JRA ’19) ]


KAHERAH,  4, 5, 6, 7 APRIL - Jawatankuasa Rombakan Asrama 2019 (JRA ’19) telah berjaya dilaksanakan di Asrama Wilayah Persekutuan melalui kerjasama antara Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) dan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM).

Antara objektif JRA ’19 ialah membantu dalam urusan proses rombakan penghuni Asrama Wilayah Persekutuan dan memberikan kediaman yang kondusif serta selesa kepada penghuni asrama. Rombakan asrama telah bermula dari 4 April 2019, hari Khamis, jam 4 petang dengan  mengumpulkan barang-barang ahli di cafe. Perpindahan ini telah melibatkan  21 orang; 14 siswa dan 7 siswi.


Pada 5 April 2019, seusai tazkirah subuh, bermulalah aktiviti pemindahan barang-barang ahli dari tingkat bawah ke tingkat atas. Dengan kerjasama ahli-ahli asrama, proses perpindahan menjadi mudah dan lancar. Aktiviti tersebut telah selesai pada jam 12 tengah hari. Selepas solat Jumaat, ahli-ahli telah dihidangkan makanan tengah hari dan seterusnya disambung dengan aktiviti gotong-royong di rumah masing-masing.




Pada hari berikutnya, telah diadakan Pest Control dengan dimulakan di Asrama Baharu Wilayah Persektuan pada 6 April 2019 dan 7 April 2019 di Asrama Lama Wilayah Persekutuan. Tujuan Pest Control diadakan adalah untuk membasmi serangga-serangga seperti pepijat di rumah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Program yang telah bertungkus-lumus menguruskan aktiviti perpindahan ini agar berjalan dengan lancar serta ahli-ahli asrama yang membanting tulang menjayakan rombakan ini. Semoga Allah membalas kebaikan dan keikhlasan kita dalam bekerja untuk Islam dengan ganjaran pahala yang melimpah-ruah.

Disediakan oleh:
NIK ILHAM FATINI BINTI ZAINUDDIN,
Setiausaha,
Jawatankuasa Rombakan Asrama 2019 (JRA ’19) BKAWM sesi 2018/2019

“Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]