[ KALAM PIMPINAN: GEJALA POP-ISLAMISME DALAM KALANGAN UMAT ISLAM ]

   Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang- orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya: "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab: "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan". Seorang sahabat bertanya: "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab: "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (Riwayat Abu Daud)

   Hari ini, kita semakin kerap berbicara tentang Post-Islamisme yang berkaitan dengan pemikiran Liberalisme. Harus juga kenali, bahawa “sepupu” kepada Post-Islamisme ialah “Pop-Islamisme”, iaitu pemikiran yang terlajak merai budaya-budaya pop atas tiket dakwah.

   “Pop-Islamisme” berakar daripada pemikiran Hedonisme. Pemikiran Hedonisme menganggap apa yang menyeronokkan itu benar. Pop-Islamisme pula mengambil pendekatan yang paling menyeronokkan mad’u itulah pendekatan dakwah yang paling tepat sekalipun lari daripada prinsip asal dakwah.

   Kesan daripada Pop-Islamisme ialah perubahan budaya dakwah yang dahulunya bermatlamat menginsafkan masyarakat, tetapi sekarang meraih kesukaan ramai. Perkara ini juga menekankan kreativiti persembahan dakwah seperti memilih tajuk, gaya dan pendekatan yang disukai masyarakat. Seharusnya, pendakwah perlu memberikan apa yang diperlukan masyarakat bukan apa yang disukai oleh masyarakat.

   Jika kita kembali kepada sejarah Nabi SAW, baginda popular dengan sifat jujur yang memudahkan baginda untuk menyampaikan Islam walaupun berisiko dibenci ramai. Baginda juga tidak menjadikan kesukaan atau kebencian masyarakat sebagai kayu ukur dalam keberkesanan dakwah, bahkan baginda mengutamakan apa yang memberi kesan kepada masyarakat.

   Kesimpulannya, marilah kita sama-sama koreksi diri serta jalan yang kita lalui hari ini. Tidak mustahil kita juga anuti perkara yang sama. Kewajipan kita selaku mahasiswa Islam perlu melaksanakan gerak kerja Islam dan dakwah dalam masa yang sama juga perlu  dan hindari budaya populis menjaga asolah perjuangan.

Disediakan oleh:
WAN RAHIMAH BINTI WAN ABDUL RASHID
Naib Pengerusi HEWI,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)
sesi 2018/2019


"Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah