[ KALAM PIMPINAN: HIKMAH RAMADAN ]

[ KALAM PIMPINAN: HIKMAH RAMADAN ]

الحمدلله الذى أكرمنا بنعمة الإسلام وفضلنا على كثير من الأمم. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله البدر الدجى والسراج المنير. والصلاة والسلام على رسول لله، وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاه.

Puasa pada bulan Ramadan memiliki keutamaan tersendiri dibandingkan dengan ibadah lain. Puasa adalah amalan istimewa yang ganjaran pahalanya langsung dari Allah, sedangkan Ramadan pula adalah bulan suci bagi umat Islam yang di dalamnya terdapat ليلة القدر, malam yang lebih baik dari malam 1 000 bulan. 

Perintah agar umat Islam menjalankan puasa sebulan penuh pada Ramadan termaktub dalam Surah al-Baqarah 183:

(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ)

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."

Kata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani: "Jika telah masuk waktu pagi, maka wajib menahan diri sepanjang hari dari makan, minum, jimak dan memasukkan sesuatu dari lubang badan. Tidak boleh mengeluarkan muntahan dan tidak mengeluarkan mani. Jika melanggar salah satu dari perkara itu, puasa batal dan tetap wajib menahan (lapar dan haus) hingga matahari terbenam, serta menggantikannya." 

Nabi Muhammad SAW bersabda: 

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ

Maksudnya: "Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan pahalanya selain lapar." 

Bagi mengelakkan pahala puasa menjadi umpama debu-debu yang berterbangan, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani mengingatkan seorang muslim "Mesti meninggalkan ghibah, memfitnah, berdusta, memaki-maki dan sebagainya."

Seorang muslim perlu berdisiplin dengan menahan diri dari melakukan hal-hal yang membatalkan puasa bermula fajar (subuh) hingga terbenam matahari (maghrib). Di sebalik aturan ketat tersebut, terdapat keistimewaan dan hikmah yang dijanjikan Allah SWT. 

Antara keistimewaan Ramadan adalah:
1) Kedudukannya yang istimewa. 

Disebutkan dalam sebuah hadis kudsi:

قال النبي صلى الله عليه وسلم: ” قال الله عز وجل: كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به "

Hikmahnya adalah kerana hanya Allah sahaja yang tahu, adakah seseorang itu benar-benar berpuasa atau tidak. Hanya Allah sahaja yang menilai, adakah puasa seseorang itu hanya sekadar menahan lapar dan haus, atau menghalangi diri dari terjebak nafsu duniawi.

2) Melatih diri dari hasrat duniawi. 

Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنَ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ، فَضَيِّقُوا مَجَارِيَهُ بِالْجُوعِ

Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan itu menyusup dalam aliran darah anak Adam, maka persempitlah jalan masuknya dengan lapar (puasa)."

Dalam Ihya' Ulumuddin, Imam Ghazali menyebutkan bahawa hawa nafsu manusia akan menguat seiring dengan makan dan minumnya seseorang itu. Oleh itu, rasa lapar ketika berpuasa itu mampu menjadi titik pengendalian hawa nafsu. Ini juga selaras dengan anjuran Nabi Muhammad SAW kepada pemuda muslim untuk berpuasa sekiranya khuatir tidak dapat mengendalikan diri daripada pengaruh hawa nafsu. 

Rasulullah SAW bersabda:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Maksudnya: "Wahai para pemuda, barangsiapa diantara kalian telah mampu (ba’ah), maka hendaknya dia menikah. Kerana menikah itu dapat menjaga pandangan dan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu untuk menikah, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu akan menjadi perisai baginya."

3) Syafaat pada seseorang ketika tiba Hari Perhitungan.

Pada hari tersebut, tidak ada seseorang yang dapat menolong orang lain. Manusia akan sibuk mengurusi dirinya sendiri dan memikirkan bagaimana perbuatannya di dunia lalu. Salah satu amalan yang dapat menolong di hari kiamat tidak lain dan tidak bukan adalah puasa. 

Nabi Muhammad SAW bersabda:

عَنْ عَبْدِاللهِ بِنِ عُمَرَوَ رَضَىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصّـِيَامُ وَالقُرْآنُ يَشْفَعَانِ للِعَبْدِ، يَقُوْلُ الصّـيِامُ رَبِّ أِنّي مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ والشَّرابَ في النَّهارِ فَشَفِّعنِيْ فِيهِ، وَيَقُوْلُ القُرْآنُ رَبِّ اِنّيِ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللّيْلِ فَشَفِّعني فِيهِ فَيُشَفَّعَاَنِ. (رواه أحمد 

Maksudnya: "Amalan puasa dan membaca al-Quran akan memberi syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Rab, aku telah menahannya dari makan dan syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya. Dan al-Quran berkata: Aku menahannya dari tidur di waktu malam, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya, maka keduanya pun diizinkan memberi syafaat". 
(HR Ahmad) 

4) Doa yang dikabulkan. 

Seseorang yang berpuasa dengan tulus dan mengikat nafsu duniawinya sepenuh hati dijanjikan doa yang makbul. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Nabi Muhammad SAW bersabda:

وعن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ثلاث دعوات لا ترد: دعوة الوالد، ودعوة الصائم، ودعوة المسافر.

Maksudnya: "Ada tiga doa yang tidak akan ditolak: Doa orang tua, doa orang yang berpuasa, dan doa musafir". (HR Al-Baihaqi)

Maqasid utama ibadah puasa adalah menumbuhkan ketakwaan dalam diri. Ketakwaan yang dimaksudkan bererti kemampuan melaksanakan perintah Allah SWT dan kemampuan meninggalkan larangan Allah SWT.

Semoga Ramadan kali ini berjaya menumbuhkan benih-benih takwa dalam sanubari setiap dari kita.

اللهم ارزقنا لذة طاعتك وحرمنا لذة معصيتك
بارك اللهم لنا في شهر رمضان وارزقنا ليلة القدر

Disediakan oleh:
WAN MUHAMMAD ASIF HIDAYAT BIN SHARUDIN
Yang Dipertua,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2021.

"Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]