[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]


[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]

16 Mei 2021: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM

Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan misi BKAWM yang pertama iaitu “Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik”. Hal ini sekaligus menunjukkan keprihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah.

Peperiksaan semester kedua khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2020/2021 akan bermula pada hujung bulan Mei 2021. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 15 Mei 2021.

Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang berkaitan dengan pendidikan sahaja yang diadakan bagi membantu kecemerlangan seluruh mahasiswa dan mahasiswi Islam di bumi Mesir.

Pihak BKAWM mengharapkan agar seluruh mahasiswa Wilayah Persekutuan di bumi Mesir ini dapat memanfaatkan masa dan ruang waktu yang ada ini dengan sebaik mungkin bagi melakar kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak.


AIMAN HAZIQ BIN HAJI KAMARUDDIN ,
Timbalan Yang Dipertua,
Merangkap Ketua Lajnah Perancang,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2021.

"Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]