Posts

Kalam Pimpinan: Menghayati Sejarah Israk dan Mikraj

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemudah lagi Maha penyayang. "Maha suci mu Ya Allah, yang telah menperjalankan hamba-Nya yakni Muhammad pada suatu malam dari Masjidil Haram(Makkah/Bakkah) ke Masjidil Aqsa(Baitul Muqaddis) yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran kami. Sesungguhnya Dia yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat." (Surah al-Israk, ayat 1)            Israk Mikraj merupakan suatu peristiwa yang telah berlaku ke atas Rasulullah S.A.W. Ianya merupakan sebuah perjalanan yang penuh dengan seribu satu pengajaran. Israk Mikraj adalah sebuah hadiah daripada Allah s.w.t buat kekasihNya Muhammad S.A.W iaitu ketika baginda sedang bersedih di atas kematian dua orang pendokong dakwah baginda iaitu bapa saudara baginda, Abu Talib dan isterinya, Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah radiallah anha serta penolakan dakwah baginda di Taif.      ...

Riadah Pemangkin Ukhuwah

Image
  KAHERAH, 26 Mei 2014- Pada 23 dan 25 Mei yang lalu, Unit Kebudayaan, Kesenian, dan Sukan (UKKS) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2013/2014 telah menganjurkan aktiviti bermain bowling di International Bowling Centre, Kaherah. Antara tujuan penganjuran aktiviti ini adalah bagi mengukuhkan ukhuwah sesama ahli BKAWM melalui aktiviti sukan. Selain itu, aktiviti beriadah juga menjadi medium bagi merehatkan minda di musim imtihan ini. Pada 23 Mei, 20 siswa telah bertolak ke IBC selepas solat maghrib dan menamatkan satu pusingan permainan. Manakala bagi sebelah siswi pula, aktiviti telah dijalankan pada 25 Mei, dan bermula pada jam 11 pagi. Pihak UKKS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana telah menjayakan aktiviti bermain bowling pada kali ini. Semoga program yang dijalankan dapat memberi manfaat dan mencapai objektif yang telah disusun. ...

Kalam Pimpinan: Persekitaran Kondusif Menjamin Kesihatan

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang           Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan inayah-NYA kita masih diberi nikmat yang paling besar iaitu nikmat kehidupan. Melalui nikmat kehidupan ini, kita dapat merasai nikmat iman dan islam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, serta sahabat-sahabat baginda. Firman Allah SWT, mafhumnya; “…sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. “ ( Surah Al-Baqarah, ayat 222.)           Berdasarkan ayat Al-Quran di atas maka, jelaslah kepada kita bahawa kebersihan itu adalah suatu keperluan yang mesti diterapkan dalam diri seorang muslim yang berpegang teguh dengan syari’at Allah SWT. Dalam fatrah peperiksaan yang kian menjelang tiba ini, amatlah wajar bagi kita untuk men...

Kempen “Smart Entrepreneur Campaign”

Image
Pada tanggal 17 April 2014, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir di bawah Unit Ekonomi telah melancarkan satu kempen “Smart Entrepreneur Campaign” dengan bertemakan “Kemapanan Ekonomi Penggerak Agenda”.  Malam perasmian kempen dimulakan terlebih dahulu dengan slot motivasi anjuran Unit Pendikan dan Pengetahuan dan diteruskan lagi dengan slot perasmian kempen. Majlis di serikan dengan kehadiran ahli Wilayah Persekutuan  yang ramai sehingga memeriahkan lagi suasana pada malam itu. Kempen ini telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Syazwan Syamil bin Mohd Razman selaku Yang Dipertua BKAWM.  Selain itu, antara objektif kempen adalah menjana ekonomi BKAWM, menggalakkan penyertaan ahli dalam aktiviti perniagaan, meminimumkan masalah hutang serta memperkasa amalan menabung.  Disamping itu juga, pelbagai aktiviti yang telah direncana di bawah kempen ini seperti Bazaria Wilayah Persekutuan, Bengkel Keusahawanan, Anugerah Pelanggan Setia, Tabung Belia, Modal Nia...

Ziarah Mahabbah Mengukuh Keluarga BKAWM

Image
KAHERAH, 25 April 2014- Lajnah Kebajikan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah menganjurkan Ziarah Mahabbah 2014 pada 23 April 2014 yang lalu bagi Kepimpinan AJK HEWI BKAWM 2013/2014. Ziarah Mahabbah pada kali ini diadakan bagi mencapai objektif utamanya iaitu merapatkan hubungan antara barisan kepimpinan BKAWM dengan ahli yang tinggal di rumah sewa. Selain itu, ziarah ini juga bertujuan untuk memantau kebajikan ahli terutama sekali dari sudut keselamatan.           Sebanyak enam buah rumah sewa di sekitar Hayyu Sabie berjaya dilawati pada hari tersebut. Antaranya ialah Bait Mumtaz, Bait Tijarah, Bait Villa, Darul Falah, Bait Kushairi dan Bait Rayyan. Perjalanan ke rumah-rumah sewa dimulakan tepat jam 8.00 malam. Sepanjang ziarah berlangsung, beberapa aktiviti telah dilaksanakan iaitu taaruf sesama ahli, penyampaian Syantah Imtihan dari Lajnah Kebajikan dan pengedaran bahan cetakan dari Unit Penera...

The Apprentice Siri 2 Meningkatkan Kualiti Pelapis

Image
KAHERAH, 25 April 2014- The Apprentice 2014 siri ke-2 telah berjaya dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) di bawah Lajnah Perancang BKAWM sesi 2013/2014 pada tanggal 15 dan 16 April 2014 yang lalu. Program ini merupakan program lanjutan daripada siri pertama yang telah diadakan sebelum ini. Dengan bertemakan “Pelapis Berkualiti Pengukuh Organisasi”, The Apprentice pada kali ini telah dirangka dengan beberapa aktiviti dan pengisian menarik bagi mencapai objektif program ini, iaitu: 1. Melahirkan ahli yang faham tanggungjawab sebagai generasi pelapis BKAWM. 2. Melahirkan ahli yang memahami sejarah BKAWM. 3. Menjalin hubungan yang erat antara AJKT dan mentee BKAWM.           Program bermula seawal jam 4.00 petang dan dimulakan dengan slot yang pertama iaitu Slot Pembentangan MBO, KPI & MO yang disampaikan oleh Yang Dipertua BKAWM sesi 2013/2014 sendiri, iaitu saudara Muhammad Syazwan Syamil bin Moh...

Kalam Pimpinan: Akal yang Cerdas dari Badan yang Sihat

Image
بسم الله الرحمن الرحيم           Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi atas kurniaan kekuatan dan kesihatan dariNya sehingga kita masih lagi mampu untuk menikmati hidup di alam nan indah ini. Sabda nabi Muhammad S.A.W : عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi bersabda: “Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya, (iaitu) kesihatan dan waktu luang”. [HR Bukhari, no. 5933].           Imtihan yang semakin hampir telah menghantui seluruh mahasiwa di Perlembahan Nil ini. Pada ketika ini, ramai di antara kita yang sedang sibuk mengulangkaji silibus pelajaran masing-masing tidak kira sama ada mahasiswa Pengajian Islam mahupu...