Posts

[ RISALAH AL- HIKMAH: ANGINA ]

Image
   Have you ever heard about the angina? Sometime the people said that is a disease but actually it is a symptom of underlying heart problem, usually coronary heart disease. Coronary is one of the important of anatomical to supply the oxygen rich in blood for heart as a nutrient and etc. The usually happens when one or more coronory blocked or narrow, also called ischemia. When the heart didn’t get the enough supply of blood, so it will disturb the fuctional and anatomical of heart. Angina has many types. Knowing the types and differents is important especially for the treatment. Types: · Stable Angina / Angina Pectoris · Unstable Angina · Variant (Prinzmetal) Angina · Microvascular Angina Underlying the risk factors If somebody at risk of heart disease or coronary, he will possibility at risk of angina.The Major causes of coronary heart disease: · cholesterol levels · High blood pressure · Smoking · Diabetes · Overweight...

[ BERITA: JAULAH SOIFIYAH FAYOUM (SAFI '16) ]

Image
KAHERAH, 21 Ogos 2016- Bersempena cuti semester musim panas, Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2015/2016 telah menganjurkan Jaulah Soifiyah Fayoum 2016 (SAFI ‘16) khusus untuk siswi. Program ini telah berlangsung pada hari Sabtu, 20 Ogos 2016 yang lalu dengan bertemakan "Jaulah Menelusuri Ibrah". Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan menghayati dan mentadabbur alam ciptaanNya, serta menambah ilmu dan meluaskan pengetahuan ahli dalam sejarah melalui tempat yang dilawati. Selain itu, program ini juga diadakan bagi mengisi masa lapang serta memanfaatkan waktu cuti, di samping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM khususnya dengan ahli baru.       Antara tempat yang telah dilawati oleh para peserta ialah Tasik Qarun, iaitu tasik ketiga terbesar di Mesir yang mana, disitulah Allah SWT menenggelamkan Qarun beserta harta kekayaannya. Kemudian, para pes...

[ BERITA: REHLAH SOIFIAH MATRUH '16 ]

Image
KAHERAH, 13 Ogos 2016- Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 telah menganjurkan program rekreasi iaitu Rehlah Soifiah Matruh 2016 (REST ’16). Program ini diadakan semasa musim cuti penghujung semesta 2015/2016 Universiti Al-Azhar, Kaherah bertujuan meraikan ahli BKAWM serta anak-anak Wilayah Persekutuan di Perlembahan Nil khusus untuk ikhwah sahaja yang tidak pulang bercuti di Malaysia. Disamping mengamati keindahan semulajadi, program ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan meluaskan pengalaman para peserta melalui tempat-tempat yang diziarahi serta dapat mengikat jalinan ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM.     Program mula bertolak dari Asrama Wilayah Persekutuan (ARWP). Dalam perjalanan para peserta berhenti singgah untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid kemudian meneruskan perjalanan dan berhenti sekali lagi untuk bersarapan di Kafeteria di pertengahan jalan. Perja...

[ BERITA: HARI TAUTAN UKHUWAH 2016 (HTU '16) ]

Image
Hari Tautan Ukhuwah 2016 (HTU ‘16), Medan meribat ukhuwah di antara mahasiswa/wi baru. KAHERAH, 24 Julai 2016 – Kehadiran mahasiswa/wi baru pada bulan Jun & Julai yang lalu ke bumi Mesir melalui Urusetia Sambutan Mahasiswa/wi Baru 2016 (USMB ‘16) , dirancakkan lagi dengan Hari Tautan Ukhuwah (HTU) yang telah berlangsung pada 23 & 24 Julai yang lalu.  Melalui pembawaan tema “Perintis Cemerlang, Kesatuan Gemilang” dan bermatlamat bagi memupuk semangat ukhuwah dan kesatuan dalam kalangan ahli serta membentuk intelek dan thaqafah kepada mahasiswa/wi baru, program yang telah berlangsung selama dua hari tersebut dimulakan dengan majlis perasmian, yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan (BKAWM) saudara Adam Syukri bin Mohamad dan diselangi dengan ucapan pengarah program Urusetia Sambutan Mahasiswa/wi Baru 2016 (USMB ‘16) saudara Sheikh Muhamad Faeez bin Mohd Nasir. Program diteruskan lagi dengan pengisian “Penerangan ...

[ RISALAH KEMPEN BIL 03: RUMAHKU SYURGAKU ]

Image
BIL 03  : RUMAHKU SYURGAKU Sebagaimana kita semua sedia maklum, Kempen Rumahku Syurgaku adalah sebuah kempen yang telah dilancarkan di bawah Lajnah Kebajikan dan Perumahan. Kempen ini merupakan program tahunan sepanjang sesi, bermula daripada awal sesi sehinggalah akhir sesi kepimpinan. Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk memastikan setiap rumah, sama ada di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan mahupun rumah-rumah sewa, sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, ceria dan mempunyai persekitaran yang baik. Tema yang dibawakan bagi kempen untuk sesi ini adalah "Kebersihan Dilestari, Ukhuwah Terpatri". Secara umumnya yang dapat difahami daripada tema ini ialah melalui penjagaan kebersihan, suasana kekeluargaan dapat diwujudkan. Demi merealisasikan tema kempen ini, Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Perumahan (LKP) BKAWM sesi ini telah pun menggariskan beberapa objektif sebagai kayu ukur untuk mencapai taraf "Rumahku Syurgaku" seperti yang diimpikan, ...

[ RISALAH AL-HIKMAH Bil 01: UMMAH MEMANGGILMU, SAUDARAKU! ]

Image
Bil 01: Ummah Memanggilmu, Saudaraku! “Ibu, ibu! Budak Syria ini mahu mengambil anak patung saya!” jerit Meryam, sambil berlari ke belakang ibunya, memeluk kuat. Meryam mengintai dari ekor matanya anak Syria itu. Geramnya bukan kepalang. Ibu baru sahaja menghadiahkannya patung itu, sempena keputusan peperiksaannya yang cemerlang tempoh hari.  “Mudah-mudah saja mahu meminta, hish!” rengusnya. Ibunya hanya memandang, lantas mengeluarkan sekeping syiling dari dalam dompetnya dan dihulurkan kepada anak malang itu. Anak Syria itu, seusia anaknya barangkali. Anak perempuan, dalam 8 tahun, kulitnya pucat, matanya cengkung, bibirnya bergetar menahan kesejukan bumi Turki. Senyum anak itu mengambil wangnya, sambil melafazkan syukur dan terima kasih. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Berbicara tentang situasi yang sedang melanda masyarakat islam di seluruh dunia sememangnya tidak akan b...

[ BERITA:IHTIRAM '16 RAMADAN BULAN TARBIAH ]

Image
KAHERAH, 5 Jun 2016 – Saban tahun kehadiran bulan Ramadan sentiasa dinanti oleh seluruh umat Islam di dunia, sehubungan dengan itu, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan program bagi memenuhi Ramadan anak-anak Wilayah pada kali ini dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang bermanfaat. Ihya‟ Tarbawi Ramadan 2016 (IHTIRAM '16) kali ini telah bermula pada 5 Jun 2016 dengan program Bicara Ambang Ramadan yang disampaikan oleh saudara Muhammad Hafiz bin Rasimi, Timbalan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) pada sebelah petang, dan diteruskan pula pada sebelah malam dengan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Fadhli bin Adam, Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan. Antara objektif program IHTIRAM '16 pada kali ini adalah untuk mengamalkan dan menghayati sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan. Selain itu, IHTIRAM '16 juga adalah sebagai medan kepada ahli untuk menambah pengetahuan dan kemahiran dalam p...