Posts

[ KALAM PIMPINAN: PEMIMPIN YANG HEBAT LAHIR DARIPADA RAKYAT YANG HEBAT ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim     Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad SAW, keluarganya serta para sahabat. Firman Allah SWT: Dan (ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat): "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan Kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" . Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan  yang kamu tidak mengetahuinya". (Surah al-Baqarah: 30)     Ayat di atas menjelaskan bahawasanya Allah menciptakan manusia sebagai khalifah dan pemimpin. Maka jelaslah bahawa besarnya amanah dan tanggungjawab kita sebagai pemimpin di bumi ini.     Sepertimana yang disebut dalam hadis Nabi SAW: "Setiap kalian adalah pemimpin d...

[ KALAM PIMPINAN: BELAJAR VS PERSATUAN ]

Image
Assalamualaikum wrh wbt. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya. Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izinNya, kita diberi kesempatan untuk meneruskan ketakwaan kepadaNya, diberi kudrat dan kekuatan untuk mentaati suruhanNya serta meninggalkan laranganNya.       Umum mengetahui, tujuan utama kita datang ke Mesir adalah untuk mengaut ilmu-ilmu yang luas di bumi Mesir ini. Selain mempelajari ilmu-ilmu di kuliah, terdapat juga kelas-kelas pengajian di sekitarnya. Oleh itu, kita sebagai mahasiswa perlu bersungguh-sungguh mengutip mutiara ilmu yang begitu banyak ini.       Disamping itu, mahasiswa Al-Azhar juga perlu mempunyai kemahiran dan ilmu kemasyarakatan untuk berdakwah agar dapat mendekati masyarakat dengan cara yang sesuai. Oleh itu, mahasiswa Al-Azhar juga perlu melibatkan diri dengan persatuan-persatuan pelajar seperti Badan Kebajikan An...

[ KALAM PIMPINAN: AIDILADHA, KISAH PENGORBANAN SEBENAR ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta sahabat-sahabatnya.  Firman Allah SWT: فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ Maksudnya: "Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)." (Surah al-Kauthar: 2) Perkataan an-Nahr diertikan sebagai korban ataupun sembelih. Berkorban merupakan salah satu sifat yang dituntut dalam Islam. Imam Hasan al-Banna menyebut, "tiada dakwah tanpa jihad, dan tiada jihad tanpa pengorbanan." Maka, dengan menggunakan kaedah usul fiqh: ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب. Hukum bagi seorang hamba mempunyai sifat berkorban dalam berdakwah ialah wajib.  Sifat pengorbanan boleh dikategorikan dalam pelbagai jenis sepertimana firman Allah SWT: قُلۡ إِن كَانَ ءَابَاۤؤُكُمۡ وَأَبۡنَاۤؤُكُمۡ وَإِخۡوَ ٰ⁠نُكُمۡ وَأَزۡوَ ٰ⁠جُكُمۡ وَعَشِیرَتُكُمۡ وَأَمۡوَ ٰ⁠لٌ ٱقۡتَرَف...

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA KEBANGGAAN ISLAM ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabatnya dan mereka yang mengikut jalan dakwahnya hingga ke harini. Rasulullah SAW telah bersabda: لا تزولُ قَدَمَا عبدٍ يومَ القيامةِ حتَّى يُسألَ عن أربعٍ عَن عُمُرِه فيما أفناهُ وعن شبابه فيما أبلاهُ وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ وعن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وفيما أنفقَهُ “Tidak akan berganjak langkah seorang hamba itu pada hari Kiamat, sehinggakan ditanya akan dia 4 perkara: akan umurnya atas apa yang telah dia habiskan, akan waktu mudanya atas apa yang telah dia tunaikan, akan ilmunya yang telah dia amalkan dengannya, dan akan hartanya daripada mana telah dia usahakan dan telah infakkan” Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,    Remaja dan pemuda merupakan aset yang penting buat Islam, sehinggakan dikhususkan oleh Nabi SAW di dalam hadisnya diatas, berkenaan usia muda seseorang. Ada...

[ RISALAH HISBAH : MENYURUH KEPADA KEBAIKAN DAN MELARANG DARIPADA KEMUNGKARAN ]

Image
MENYURUH KEPADA KEBAIKAN Dewasa ini, hukum-hakam yang diturunkan oleh Allah Taala tidak lagi diterap dan diamalkan oleh kebanyakan umat Islam, tetapi diganti dengan perlembagaan yang dicipta oleh pemikiran manusia, malah berlumba-lumba mempelajarinya di institusi-institusi dan fakulti undang-undang. Selain hudud (hukuman syar’i) terdapat juga ta’zir. Menjatuhkan ta’zir (hukuman disiplin) terhadap dosa-dosa yang di dalamnya tidak terdapat hudud (hukuman syar’i). Ta’zir berbeza mengikut keadaan kesalahan dan pelaku itu sendiri. Menjatuhkan ta’zir juga terdapat dalam kesalahan hisbah sama ada terhadap kebaikan yang ditinggalkan atau kemungkaran yang dilakukan. Menyuruh kepada kebaikan terbahagi kepada 3 bahagian: 1. Menyuruh kepada kebaikan yang berkaitan dengan hak Allah  Menyuruh kepada kebaikan yang terkait dengan hak Allah terbahagi kepada dua bahagian, iaitu perintah untuk berjemaah (tidak bersendirian) dan juga  perintah sunnah.   Contoh perintah un...

[ BERITA: WARNA-WARNI AIDILFITRI 2019 (FITRI ‘19) ]

Image
KAHERAH, 19 JULAI 2019 – Bersyukur ke hadrat Ilahi, program Warna-Warni Aidilfitri 2019 telah selamat melabuhkan tirai pada 6 Jun 2019. FITRI '19 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang menyambut hari lebaran di bumi Mesir. Ahli jawatankuasa program ini terdiri daripada 15 orang, 8 orang mahasiswa dan 7 orang mahasiswi. Program ini telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut bermula pada 4 Jun 2019 sehingga 6 jun 2019. Antara objektif FITRI ’19 adalah meraikan sambutan hari raya di perantauan dan mengeratkan ukhuwah antara anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir. Program FITRI ’19 telah dimulakan dengan perutusan syawal yang telah disampaikan oleh YDP BKAWM sesi 2018/2019 iaitu saudara Muhammad Aiman Bin Md Rashid. Aktiviti diteruskan dengan video ucapan perantauan oleh ahli Wilayah Persekutuan yang beraya di bumi Mesir dan takbir raya di setiap rumah Asram...

[ BERITA: IHYA’ TARBAWI RAMADAN 2019 (IHTIRAM ’19) ]

Image
KAHERAH, 19 Julai 2019 – Bersyukur ke hadrat Ilahi, program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2019 telah melabuhkan tirai pada 4 Jun 2019. IHTIRAM ’19 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan (BKAWM) bagi memeriahkan suasana anak-anak Wilayah Persekutuan yang berpuasa di bumi Mesir. Program ini telah berlangsung sepanjang bulan Ramadan, bermula daripada 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019. Antara objektif IHTIRAM ’19 adalah menerapkan penghayatan ibadah sepanjang program, membina thaqafah islamiah dalam kalangan ahli, meribatkan ukhuwah islamiah antara ahli dan BKAN Taakhi dan melatih ahli BKAWM bersifat kemasyarakatan. Program IHTIRAM ’19 telah dimulakan dengan majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh encik Ahmad Fadli bin Adam, Pegawai Atase Wilayah Persekutuan sekaligus melancarkan tabung sumbangan IHTIRAM ’19 dan gimik perasmian. Majlis diteruskan lagi dengan taklimat pengisian sepanjang program. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan ...