Discussion Group Gabungan Mantap


ARWP, 29 OKTOBER – Muzakarah berkelompok atau dikenali dengan nama Discussion Group (DG) diadakan secara gabungan yang berlangsung setiap akhir bulan. Pada bulan akhir oktober, Unit Fasilitator di bawah Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan telah mengadakan DG secara ilmiah yang diadakan selepas isyak. Turut hadir untuk memberi pengisian ialah Saudara Firdaus Bin Noh selaku BP angkat Wilayah Persekutuan.

Terdapat tiga pengisian yang dibawa dalam Discussion Group (DG) ialah tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Firdaus Bin Noh. Dalam kata-kata beliau, mengingatkan kita tentang kepentingan Discussion Group ( DG) dan menerangkan kepada semua mengenai rukun-rukun yang perlu ada di dalam sesebuah Discussion Group (DG) iaitu yang pertamanya ialah Taaruf (berkenal-kenalan), Tafahum (saling faham memahami) dan Takaful (saling bantu-membantu). Selain itu juga, beliau menceritakan pengalaman beliau ketika bergiat di dalam DG antaranya kelazatan yang diperolehi di dalam DG itu sendiri yang mana tidak dapat dicapai dalam mana-mana study group.

Setelah itu, ahli telah dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk bertadarus al-Quran. Setiap kumpulan dibahagikan pembacaan juz pertama dan DG diakhiri dengan penerangan daripada Ketua Unit Fasilitator , Ustaz Faiz Bin Mat Zaid berkaitan dengan jaulah yang akan diadakan pada minggu hadapan. DG mala itu berakhir dengan bacaan al-quran di setiap DG.





Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]