Hari Tautan Ukhuwah ( HTU '10 ) Berakhir..






ARWP 24 Okt -Telah berlangsung Hari Tautan Ukhuwah di Dewan Seri Putra anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang bertemakan ‘Kearah Semarakkan Ukhuwah’ . Program ini berlangsung untuk buat kali kedua selepas daripada mahasiswa tajaan MAIWP.

Pendaftaran bermula pada jam 6.30 pagi dan disertai oleh 18 orang pelajar perubatan dan pergigian.

Program ini telah dirasmikan oleh Saudara Mohammad Adlly Bin Mohammad Bokhari, Yang Dipertua BKAWM sesi 10/11. Antara amanatnya kepada mahasiswa baru ialah, selalu perbaharui niat, bersama-sama menolong BKAWM yang menaungi anak-anak Wilayah di Mesir.

Program yang berlangsung selama sehari itu terdapat beberapa pengisian dan bengkel, antara pengisian yang disediakan oleh pihak penganjur ialah Slot Keselamatan dan Kesihatan, Slot Peranan Mahasiswa, Slot Bermuamalah Dengan Arab dan Slot Kebajikan yang telah disampaikan oleh Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM iaitu Saudari Nor Hasyimah Binti Hassan yang juga merupakan HEWI Angkat BKAWM.

Selain itu, mereka juga turut diperkenalkan dengan barisan AJKT dan HEWI sesi 2010/2011 dalam Slot Ramah Mesra Bersama AJKT. Pelbagai soalan yang dilontarkan oleh mahasiswan baru kepada saf kepimpinan. Ini menunjukkan bahawasanya betapa peri pentingnya kebajikan mahsiswa yang perlu ditanggung oleh BKAWM.

Program berakhir dengan ucapan Perasmian Penutup oleh Badan Pengurus PMRAM iaitu saudara Firdaus Bin Noh yang juga merupakan BP Angkat BKAWM dan penyampaian hadiah kepada peserta terbaik lelaki iaitu Saudara Mouhammad Ilman Bin Abu Bakar, manakala peserta terbaik perempuan Raja Zarin Binti Raja Mudzaffar Shah yang telah disampaikan oleh Naib Pengerusi Hewi BKAWM 10/11, Saudari Haizun Hasni Binti Mohd Azmi dan juga berlangsungnya Pelancaran Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) serta Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP) Sesi 2010/2011.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]