Kalam Taujihat YDP Sempena 12 Tahun Usia BKAWM



Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim.

Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan rahmatNya, dapat lagi kita sama-sama meneruskan kehidupan ini dalam menyambung rantai-rantai perjuangan dakwah, Selawat dan Salam ke atas Nabi Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat.

Alhamdulillah, hasil usaha dan sokongan anda semua, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) meneruskan lagi bahtera perjuangannya dalam menaburkan bakti kepada anak-anak wilayah di bumi Mesir ini.

Pada tahun ini Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menyambut ulang tahun kali ke 12 bersempena dengan tarikh penubuhannya iaitu pada 19 Oktober 1998. Ini menunjukkan sebagai salah satu bukti kesatuan anak-anak wilayah masih utuh di bawah satu naungan, iaitu Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM).

Bagi sesi kepimpinan 2010/2011, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menekankan aspek ukhuwah dan tarbiah , dengan membawa Tema “Keunggulan Ukhuwah, Pemangkin Tarbiah”. Ini adalah bagi memastikan jalinan ukhuwah anak-anak wilayah di bumi Mesir ini terjalin dengan baiknya dalam mencapai menyambung usaha pentarbiahan dan dakwah Islam itu sendiri.

Tema ini dapat di realisasikan dengan Enam Misi yang telah di gariskan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) iaitu :
1. Penyatuan Fikrah Dan Amal.
2. Meningkatkan Kecemerlangan Akademik Dan Sahsiah.
3. Mempertingkatkan Pengetahuan Dan Kemahiran.
4. Mengamalkan Persekitaran Islamik.
5. Memantapkan Pengurusan Pentadbiran Dan Ekonomi.
6. Melahirkan Generasi Pelapis.


Usaha dalam mencapai misi ini akan mampu di capai jika mana kesemua anak Wilayah memberi sokongan dan komitmen bersama dalam menjayakan segala gerak kerja Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sama ada dalam bentuk sumbangan tenaga, buah fikiran, mahupun kewangan. Semoga anda semua tidak ketinggalan dalam bersama menjalankan gerak kerja dakwah Islam yang di bawa oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) ini sendiri.

Akhirnya, semoga segala usaha kita mendapat keredhaan di sisiNya, dan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) terus kekal dan utuh dalam menaungi anak-anak Wilayah Persekutuan di bumi anbia’ ini.

Siru’ala Barakatillah.

Assalamualaikum w.b.t

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]