BKAWM Terus Menaburkan Khidmat Kebajikan


Dewan Sri Putra, 4 Feb - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)dengan penuh bergaya melangkah lebih jauh demi mencapai usul Mesyuarat Tahunan (MAT 12)iaitu Misi Kebajikan tanpa mengira kuliah mahupun tahun pengajian.

Sejak beberapa hari yang lalu, Mesir dilanda krisis politik yang menyebabkan kebangkitan rakyat Mesir besar-besaran hingga membawa kepada kesusahan yang pelbagai seperti, harga barang naik, perintah darurat dan payah mendapatkan bekalan makanan. BKAWM yang ditubuhkan adalah menjaga kebajikan anak-anak Wilayah di Mesir telah membuat beberapa langkah demi kebajikan ahli terjaga sepanjang tempoh pergolakan di Mesir ini.

Antaranya, BKAWM telah bekerjasama dengan Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) dalam mengurus kepulangan pelajar ke tanah air serta menyediakan bekalan makanan kepada pelajar-pelajar yang bertolak ke Jeddah. Selain itu juga, BKAWM juga telah menjalankan aktiviti kawalan malam bagi menjaga keselamatan ahli-ahli BKAWM dan juga Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP).

BKAWM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), Education Malaysia (EM), Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM)dan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas memberi kerjasama dalam pengurusan penghantaran anak-anak Wilayah ke tanah air. Semoga jasa kalian akan di balas di akhirat dengan ganjaran yang setimpal.














0 comments:

Post a Comment

Blogroll