PERMOHONAN BANTUAN TIKET KAPAL TERBANG (OPS PIRAMID) BAITULMAL, MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)


1. Permohonan Bantuan Tiket Kapal Terbang

Terbuka kepada pelajar-pelajar Wilayah Persekutuan yang masih dalam pengajian di universiti-univeristi di Mesir dalam pelbagai bidang. (Tiket akan diurus oleh pihak Baitulmal MAIWP dan tarikh penerbangan akan dimaklumkan kemudian)

2. Permohonan Bayaran Balik Tiket (Claim Ticket)

Terbuka kepada pelajar-pelajar Wilayah Persekutuan yang telah membeli tiket sebelum atau pada 24 Februari 2011 sahaja. Pembelian selepas tarikh tersebut tidak layak memohon. Kadar bantuan adalah tertakluk harga syiling yang akan ditentukan kemudian.

3. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi BORANG BANTUAN TIKET KAPAL TERBANG (OPS PIRAMID) yang boleh dimuat turun melalui laman web www.maiwp.gov.my ATAU boleh mendapatkan terus di pejabat Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP (waktu pejabat).

4. Sebarang pertanyaan berhubung permohonan ini boleh berhubung terus Unit Pembangunan Akademik IPT, Baitulmal MAIWP di talian :

Ustaz Ahmad Fadli : 03-26175216
Puan Faizah : 03-26175224
Cik Azimah : 03-26175221
Cik Shazwani : 03-26175212


5. Borang yang telah diisi beserta dokumen-dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dihantar pada 28 Februari 2011 hingga 2 Mac 2011 dengan datang sendiri ke kaunter kami di :

Tingkat 2,
Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Bangunan Daruzzakah,
Lorong Haji Hussein 2, Off Jalan Raja Muda,
50300 Kuala Lumpur.


6. Tarikh tutup permohonan pada 2 Mac 2011. Penghantaran melalui pos adalah TIDAK DIBENARKAN.


Syarat-syarat permohonan :

1. Beragama Islam
2. Warganegara Malaysia
3. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
4. Masih dalam pengajian di mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan di Mesir

Dokumen Sokongan :

1. 1 Salinan Kad Pelajar (Kad universiti) / Surat Akuan Sumpah / cop VISA pelajar (yang terdapat di helaian pasport)
2. 1 Salinan pasport (muka hadapan yang terdapat maklumat pelajar)
3. 1 Salinan cukai pintu / bil-bil utiliti
4. 1 Salinan Buku Akaun Bank (kecuali Bank Ar-Rajhi dan Tabung Haji)
5. 1 salinan resit / tiket penerbangan (bagi pemohon yang sudah membeli tiket)

0 comments:

Post a Comment

Blogroll

Loading...