Kursus Komputer & Laptop Mendapat Sambutan


Dewan Sri Putra, 29 Jan – Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) BKAWM 2011 telah mengadakan Kursus Komputer & Laptop yang berlangsung selama 2 hari bertarikh 27 dan 29 Januari di Dewan Sri Putra, ARWP, yang dirasmikan oleh Saudara Muhammad Syazwan bin Hamzah selaku pengarah program kursus pada kali ini serta merangkap Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan BKAWM 2011.

Penyertaan seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada kalangan ahli Wilayah mahupun ahli negeri-negeri lain dan cawangan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Objektif utama adalah dengan memberi pendedahan ICT kepada mahasiswa/wi Islam Mesir sebagai value added. Juga tidak terkecuali menjadikan ia sebagai medan kemahiran tambahan selain daripada ilmu agama dan perubatan. Pertalian ukhwah silaturrahim juga dititikberatkan antara mahasiswa/wi Islam di Mesir amnya dan juga ahli BKAWM khususnya.

Secara ringkasnya, para peserta diterangkan dengan berbagai-bagai pengisian asas komputer dan laptop, antaranya mengenal hardware dan software, program- program menarik yang terkandung window 7 vista, cara bagaimana set up dan seterusnya membaiki CPU komputer dan laptop jika kerosakan atau keadaan hang yang berlaku terhadap komputer tersebut, yang dibentangkan oleh Saudara Muhammad Hisyam bin Zakaria, pernah menyalurkan bakti ke dalam program-program di BKAWM sebelum ini sebagai Penasihat dan Yang Dipertua pada sesi yang lepas.
Seterusnya, diselitkan juga dengan soal jawab para peserta kepada pembentang. Mencungkil dan mencari soalan-soalan serta permasalahan yang mungkin berlaku terhadap computer dan laptop sendiri atau kawan-kawan.

Sebelum majlis penutup, sedikit cenderahati diberikan kepada pembentang sebagai tanda kenang kenangan mencurahkan sedikit ilmu dari asas sehingga permasalahan komputer dan laptop dalam kursus ini.
Tidak lupa juga kepada peserta yang menyertai kursus ini disediakan sijil penghargaan kepada setiap seorang. Majlis perasmian penutupan di rasmikan oleh Saudara Mohd Mawardi bin Mohd Zain selaku Timbalan Yang Dipertua BKAWM 2011 dan berakhir dengan jayanya.













Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

Kepentingan Solat Berjemaah