MAIWP Menanggung Kos Perbelanjaan Pelajar



KUALA LUMPUR , 22FEB- Majlis Silaturrahim YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama Pelajar Wilayah Persekutuan di Universiti Mesir serta Ibu Bapa telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan , Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Majlis yang bermula dengan ucapan oleh En.Ismail Bin Porjo ,Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Beliau menceritakan tentang organisasi MAIWP serta memberi penerangan kepada ibubapa tentang bantuan yang MAIWP berikan kepada pelajar-pelajar Mesir khususnya. Harapan beliau supaya kita anak-anak Wilayah dapat mendisiplinkan diri serta menjaga nama baik Negara.

Majlis diteruskan lagi dengan taklimat yang telah disampaikan oleh YBhg.Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim , Presiden Kelab Putera 1 Malaysia ,yang mana beliau salah seorang yang turut serta dalam Ops Pyramid membantu membawa pelajar pulang ke tanah air. Dalam ucapan beliau, banyak menceritakan pengalaman beliau sepanjang Ops Pyramid beroperasi.

Pada sebelah petang, majlis yang ditunggu-tunggu bersama YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang juga Pengerusi MAIWP. Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Dr. Muhammad Yamin Ismail dan Pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali.Dalam ucapan beliau ,YB Datuk Seri Jamil Khir telah mengumumkan MAIWP akan menanggung tiket penerbangan anak-anak Wilayah yang belajar di Mesir termasuk wang saku sebanyak RM 500 setiap orang .

Sehubungan dengan itu, bagi pelajar-pelajar yang telah membeli tiket awal dengan menggunakan duit sendiri juga boleh menuntut kembali duit dengan MAIWP. Katanya lagi,berkenaan dengan tarikh pulang ke Mesir bergantung kepada cadangan dan sokongan yang akan dibuat pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Majlis berakhir dengan penyerahan watikah sebagai tanda penghargaan kepada Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom yang disampaikan oleh Tuan Haji Baharudin Ali, Pengerusi Perwakilan Ibu Bapa Perubatan Mesir .
















Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]