JOMLA`12 Dekati Ahli,Suburkan Sensitiviti

Bagi menjayakan usul ketiga Mesyuarat Agung Tahunan ke 13 iaitu “Memperkasa Peranan PERMAS”,barisan kepimpinan BKAWM sesi ini telah menjalankan beberapa siri ziarah ke cawangan dan dinamakan Jaulah AJKT 2012 (JOMLA`12). JOMLA `12 telah berlangsung sekitar Februari hingga Mac 2012.

Pada 16 Februari 2012, siri jaulah telah dimulakan dengan menziarahi ahli di cawangan pertama iaitu Mansurah bertempat di Markaz PERUBATAN Cawangan Mansurah. Kemudian JOMLA diteruskan lagi pada 18 Februari 2012. Kali ini barisan AJKT dan HEWI menziarahi ahli di cawangan di Tanta bertempat di Bait Izzah pada sebelah petang. Manakala pada sebelah malam, JOMLA`12 menjejaki pula ahli di cawangan Zaqaziq bertempat di markaz lama DPM Zaqaziq. Seterusnya JOMLA`12 diberhentikan sementara waktu bagi memberi laluan kepada program mega, Wilayah Family Day (WiFi`12).

Pada 17 Mac 2011, JOMLA`12 diteruskan semula dengan menziarahi ahli di sekitar Kaherah bermula dengan cawangan Shoubra bertempat di Markaz DPM MAQAZ Shoubra. Kemudian pada 20 Mac 2012, AJKT dan HEWI telah menziarahi ahli di Rumah Amanah Raya (ARB). Seterusnya JOMLA`12 menamatkan jaulah di sekitar Kaherah dengan menziarahi ahli dari kalangan mahasiswa Sains Kesihatan di kawasan Sayyida Zainab bertempat di Markaz Abou Rish.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam JOMLA`12 di setiap cawangan adalah ramah mesra AJKT dan HEWI BKAWM sesi 2011/2012, penerangan mengenai Bantuan Am MAIWP, penerangan dan promosi berkaitan program terdekat, tayangan koleksi video BKAWM, sesi soal jawab, kalam amanat YDP BKAWM, saudara Mohd Mawardi bin Mohd Zain, sesi fotografi dan diakhiri dengan jamuan yang disediakan oleh ahli-ahli di cawangan.

“JOMLA`12 adalah kabel penyambung yang menghubung eratkan ukhuwah,kesatuan dan sinergi diantara kepimpinan dan ahli BKAWM di cawangan” kata pengarah JOMLA`12, saudara Muhammad Syazwan Syamil bin Mohd Razman yang juga merupakan ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2011/2012.

Hampir kesemua siri jaulah dalam JOMLA`12 dijalankan pada waktu malam agar tidak mengganggu waktu kuliah ahli BKAWM. Barisan kepimpinan BKAWM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Perwakilan Mahasiswa (PERMAS) yang terlibat dalam menjayakan JOMLA`12 dan juga penghargaan kepada semua ahli di cawangan yang berkenaan kerana sudi menyambut dan menerima kunjungan kami.

AJKT dan HEWI BKAWM sesi ini berharap agar kunjungan kami mamberikan manfaat bersama dan mencantas segala jurang diantara pimpinan dan ahli khususnya yang berada di cawangan. Semoga pertemuan yang singkat dalam JOMLA`12 kali ini dapat menyuburkan sensitiviti kita untuk terus bersama mendukung dan menggerakkan BKAWM.

“Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan”


JOMLA`12 ke Mansurah






JOMLA`12 ke Tanta






JOMLA`12 ke Zaqaziq






JOMLA`12 ke ARB





JOMLA`12 ke Shoubra






JOMLA`12 ke Sayyida Zainab

0 comments:

Post a Comment

Blogroll