Kenyataan Rasmi - BKAWM Kesal Isu Penarikan Pinjaman Pelajaran Terhadap Mahasiswa Terengganu


Salam perjuangan mahasiswa…
Segala puja dan puji diucapkan kepada tuhan sekalian alam atas nikmat yang melimpah ruah dikurniakan kepada semua hambanya tanpa mengharapkan imbuhan , serta selawat dan salam kepada mahaguru kita diakhir zaman ini iaitu Nabi Muhammad SAW yang terlalu banyak mengajar erti kehidupan yang hakiki kepada umat yang dicintainya.

Kebelakangan ini kebangkitan Islam semakin menjadi-jadi sebagai mana yang telah ditunjukkan oleh negara-negara Arab seantero dunia , ini membuktikan janji Allah itu benar-benar pasti bahwa Islam akan mencapai kemenangan kelak.Kebangkitan Islam yang berlaku adalah hasil dari kesedaran pemuda-pemuda Islam yang beridealisme perubahan.


Idealisme perubahan ini menjadi sumber kekutan bagi anak-anak muda untuk mengadakan “Islah dan Tajdid “ bagi melihat generasi akan datang berada dalam kehidupan yang lebih baik dan mengamalkan Islam sebagai cara hidup secara menyeluruh.

Rentetan dari idealisme yang didokongi oleh kebanyakan pemuda-pemuda Islam ini menyebabkan golongan-golongan yang sama-sama mendokong agenda yahudi laknatullah merasakan kurang senang dengan kebangkitan pemuda-pemuda Islam yang kebanyakan mereka adalah mahasiswa/wi.

Tekanan demi tekanan yang diberikan kepada mahasiswa Islam seluruh dunia bagi memastikan agenda busuk golongan jahat dapat direalisasikan untuk kemaslahatan pihak yang berkuasa.Tempias tekanan itu juga telah dirasai oleh mahasiswa yang menuntut di bumi Anbia ini , sebagaimana yang berlaku kepada beberapa orang mahasiswa Terengganu baru-baru ini.

Percaturan dan tekanan yang terus menggigit mahasiswa tidak sepatutnya berlaku dan wajib dihentikan segera demi memberi ruang kepada mereka untuk lebih fokus kepada pelajaran disamping meningkatkan kemahiran diri dengan kebebasan menjalankan pelbagai aktiviti berpersatuan.

Saya mewakili kepimpinan BKAWM sesi 2011/2012 yang merupakan BKAN taakhi Zon A turut berasa kesal dan dukacita terhadap isu yang berlaku kepada 9 Mahasiswa Terengganu yang telah ditamatkan pinjaman pelajaran oleh Yayasan Terengganu.Selaku taakhi,BKAWM akan terus bersama KPT memperjuangkan isu mahasiswa Terengganu.

"Satu Fikrah Satu Amal"
"Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan"

Mohd Mawardi Bin Mohd Zain
Yang Dipertua
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir
Sesi 2011/2012

0 comments:

Post a Comment

Blogroll