GOTONG-ROYONG PERDANA MENGHIDUPKAN SUASANA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

KAHERAH, 10 Disember 2014 - Sempena peperiksaan fasa satu yang akan tiba dan  kedatangan delegasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Unit Perumahan dan Rehlah (UPR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 dengan kerjasama Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP) BKAWM sesi 2014/2015 telah menganjurkan aktiviti gotong-royong  perdana, Clean to Success (COS) seiring dengan program Hamlah Nahjul Mutafawwiqin yang telah diadakan pada hari tersebut. Bertepatan dengan tema UPR pada sesi ini iaitu ‘Kediaman Islamik Ukhuwah Dinamik’, gotong-royong ini telah dijayakan pada hari Jumaat dengan melibatkan seluruh ahli ARWP mengembleng tenaga, memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kebersihan dan keceriaan ARWP.


Seluruh ahli ARWP telah bersama-sama bertungkus-lumus membersihkan rumah kediaman masing-masing beserta kawasan yang telah ditetapkan bagi setiap rumah. Walaupun diuji dengan ketiadaan air, namun musibah yang terjadi tidak melunturkan semangat ahli BKAWM untuk memastikan ARWP khususnya berada dalam keadaan yang bersih dan selesa.

Aktiviti gotong-royong telah selesai dilaksanakan, dan objektif UPR yang pertama juga berjaya dicapai iaitu ‘Menghidupkan suasana kediaman yang Islamik, kondusif, bersih, selesa dan selamat kepada setiap ahli’.


"BKAWM Keluarga Kita"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal

ZIARAH MAKAM’14 Ulama Dikenali Thaqafah Diaplikasi

KAHERAH, 13 DISEMBER 2014- Unit Perumahan dan Rehlah BKAWM sesi 2014/2015 telah menganjurkan Ziarah Makam’14 pada 6 Disember 2014 untuk siswi dan 13 Disember 2014 untuk siswa seminggu selepas itu. Program ini bertujuan untuk meningkatkan ketaqwaan serta keimanan kepada Allah SWT dengan menghayati dan mentadabbur kisah hidup para auliya’. Selain itu, ziarah ini juga berfokus untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan meluaskan pengalaman ahli melalui tempat yang diziarahi serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM. 

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DELEGASI MAIWP

KAHERAH, 18 Disember 2014 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan satu majlis ramah mesra bersempena dengan kehadiran delegasi Majlis Asrama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke bumi Mesir. Majlis diadakan di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) di Kaherah dan Dewan Persidangan, Pusat Persidangan di Universiti Iskandariah pada 16 dan 18 Disember 2014. Delegasi MAIWP yang terdiri daripada 14 orang telah diketuai oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Haji Othman bin Mustapha telah tiba di Mesir. 

Majlis yang diadakan di ARWP dimulakan dengan tazkirah daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yg turut hadir bersama delegasi MAIWP. Beliau mengingatkan para pelajar mengenai apa yang terkandung di dalam ejaan nama Mesir itu sendiri daripada huruf mim, sod dan ra. Musibah atau kesukaran yang dialami dalam menuntut ilmu dan belajar menjadikan pelajar itu sabar dalam kesabaran dan akhirnya membuahkan keredaan. 

Majlis tersebut diteruskan dengan agenda yang utama iaitu sesi dialog bersama Ketua Pengarah Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaafar. Dalam ucapan beliau, para pelajar dinasihatkan supaya menguasai ilmu turath dan ilmu bahasa arab dengan baik. Cabaran pelajar di Malaysia berbeza bagi pelajar dari Mesir kerana penguasaan bahasa Inggeris, bahasa arab dan ilmu-ilmu agama yang lain amat dipandang tinggi oleh masyarakat. Bukan sahaja dalam masyarakat, elemen ini amat penting dalam mendapatkan tempat di pejabat- pejabat kerajaan seperti JAKIM. 


Majlis di akhiri dengan penyampaian sumbangan daripada MAIWP kepada BKAWM selaku penaung BKAWM. Pihak BKAWM mengucapkan sekalung penghargaan kepada MAIWP dan Mufti Wilayah Persekutuan atas kesudian meluangkan masa bersama anak-anak Wilayah Persekutuan yang berada di Ardil Kinanah.


“BKAWM Keluarga Kita”
“Pemantapan Fikrah Tunjang
Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal

KEBERKATAN SYAFAAT IMTIHAN

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

               Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT di atas segala nikmat kurniaannya, kerana dengan rahmat dan kasih sayang Allah kita masih lagi dapat meneruskan kehidupan, menghirup udara segar, kita masih mampu mengorak langkah ke hadapan dan berupaya mencapai segala cita-cita kita. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas Rasul junjungan mulia, penghulu segala nabi, Saidina Muhammad SAW, ahli keluarganya yang mulia serta para sahabatnya yang bijaksana.

               Musim imtihan datang lagi dan pastinya masing-masing sibuk membawa diri sehinggakan ada yang sampai terlupa tanggungjawab terhadap Ilahi, terlampau sibuk 'study' sehingga lupa urus diri, terlalu fokus mengulang kaji sehingga sanggup mengurung diri. Apabila disapa kebisuan yang diberi. Hati-hati sahabat sekalian, usaha itu memang sangat perlu namun jangan sampai kita mengabaikan semua orang di sekeliling kita sehingga urusan Allah juga kita berkira. Usaha bukanlah yang menentukan kejayaan kita tapi kejayaan itu perlukan usaha.

HAMLAH NAHJUL MUTAFAWWIQIN MENYUNTIK SEMANGAT AHLI BAGI MENGHADAPI IMTIHAN



KAHERAH, 11 Disember 2014 - Unit Pendidikan dan Pengetahuan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan program motivasi iaitu Hamlah Nahjul Mutafawwiqin selama 2 hari iaitu pada 11 dan 12 November 2014 di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan di Hayyu Sabi’. Pada tahun ini, program motivasi yang bertemakan Kecemerlangan Demi Ummah diadakan bagi tujuan meningkatkan motivasi diri ahli BKAWM sempena menghadapi peperiksaan di samping mengukuhkan kebersamaan ahli BKAWM serta menerapkan kesedaran kepentingan untuk bersama masyarakat apabila pulang ke Malaysia kelak.

Kenyataan pimpinan : Makluman Penubuhan Badan Perencana Usul (BPU)



Segala puji bagi Allah S.W.T atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada hambanya, selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi SAW yang begitu banyak mencurahkan jasa dan bakti kepada umat yang baginda kasihi.

               Tamat sudah Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke 16 (MAT-16) pada 18 dan 19 Oktober 2014 lepas. Setiap Mesyuarat Agung Tahunan pasti membincangkan perkara berkenaan usul yang dicadang dan diberi pandangan oleh ahli BKAWM untuk kepentingan bersama. Usul juga merupakan asas dalam pembawaan BKAWM dan menjadi tanggungjawab buat pimpinan dan ahli dalam menjayakan usul tersebut. Rentetan daripada  Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke 16, terdapat dua usul yang telah disepakati untuk di jayakan pada sesi 2014/2015 iaitu:

Risalah Kempen Rumahku Syurgaku: Kebersihan dan Keindahan Islam





Bil 01 : KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN ISLAM

                Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. Ungkapan ini seringkali meniti di bibir umat manusia seantero dunia kerana menyedari akan pentingnya penjagaan kebersihan sebagai salah satu daripada syiar Islam. Secara umumnya, kebersihan dapat didefinisikan sebagai keadaan bebas dari kotoran. Namun begitu, frasa kata ini sebenarnya mencakupi konteks yang lebih luas dalam memahami dan menghayatinya.

                Konsep kebersihan hakikatnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu kebersihan diri atau jasmani dan kebersihan jiwa. Hal ini selaras dengan hadis Rasulullah SAW yang mulia yang mafhumnya : Rasulullah SAW telah bersabda:

“Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir Alhamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhanaallah dan Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia ke luar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.”
                                                                                                                         Riwayat al-Imam Muslim
   
         

[MAKLUMAN: Jadual Operasi Pejabat BKAWM]


SERAMBI WILAYAH GABUNGAN: Cakna Isu Semasa, Memantapkan Ukhuwah.


KAHERAH, 27 November 2014 – Unit Perumahan dan Rehlah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan Serambi Wilayah Gabungan buat julung-julung kalinya bagi sesi ini pada hari Khamis yang lalu. Program bermula seawal 7.30 malam dan dimeriahkan dengan kehadiran yang sangat menggalakkan daripada ahli rumah sewa mahupun ahli ARWP.

USMB'14 PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan Menyambut Golongan Pelapis Rabbani

KAHERAH,8 November - Pada tahun ini, Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan telah menyambut kedatangan seramai 13 orang pelajar baru yang terdiri daripada 11 orang mahasiswi dan 2 orang mahasiswa. 



Pihak USMB Wilayah Persekutuan telah mengadakan kelas intensif Bahasa Arab pada 11 hingga 20 November 2014 bagi membantu pelajar baru untuk menghadapi Imtihan Qabul pada 22 November 2014 seterusnya memulakan sesi pembelajaran di Markaz Bahasa Arab al-Azhar pada 28 November 2014. Pihak USMB PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan juga telah mengadakan kelas teknik muamalah yang telah disampaikan oleh Ustaz Hakimi AJKT BKASM dan Ceramah Penjagaan Kesihatan yang telah disampaikan oleh Doktor Zuliana Zulkarnain mahasiswi Perubatan al-Azhar bagi memudahkan aktiviti muamalah harian pelajar baru serta menjamin kesihatan mereka. Selain itu, Unit Perumahan dan Rehlah BKAWM sesi 2014/2015 telah mengadakan jaulah ke Abu Ela' khususnya untuk pelajar baru untuk membeli pakaian bagi persediaan menghadapi musim sejuk yang akan datang. 


Akhir sekali, aktiviti terakhir yang dijalankan oleh pihak USMB Wilayah Persekutuan ialah Hari Tautan Ukhwah atau lebih dikenali sebagai PROMISE'14. Tujuan utama program PROMISE'14 ini dijalankan ialah memberi pendedahan tentang pengenalan kepada BKAWM dan PMRAM. Harapannya agar peserta usmb dapat mengambil manfaat daripada pengisian didalam program PROMISE 14 , seterusnya dapat menimba ilmu dengan sebaiknya dan membantu dalam menggerakkan dakwah islam melalui wadah BKAWM dan PMRAM itu sendiri.

"BKAWM Keluarga Kita"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu FIkrah Satu Amal

SERAMBI WILAYAH GABUNGAN: Cakna Isu Semasa, Memantapkan Ukhuwah.


KAHERAH, 27 November 2014 – Unit Perumahan dan Rehlah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan Serambi Wilayah Gabungan buat julung-julung kalinya bagi sesi ini pada hari Khamis yang lalu. Program bermula seawal 7.30 malam dan dimeriahkan dengan kehadiran yang sangat menggalakkan daripada ahli rumah sewa mahupun ahli ARWP.
Program dimulakan dengan alunan merdu qasidah, iaitu pujian-pujian kepada Rasulullah SAW dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan. Seterusnya, program diteruskan dengan slot isu semasa yang disampaikan oleh Saudari Dalia binti Zaidi. Slot berakhir dengan sedikit tayangan video.
Setelah itu, program diteruskan dengan slot penerangan kempen. Sebanyak 4 kempen yang dianjurkan oleh BKAWM pada sesi ini iaitu kempen Rumahku Syurgaku oleh Unit Perumahan dan Rehlah, kempen Hamlah Nahjul Mutafawwiqin oleh Unit Pendidikan dan Pengetahuan, kempen Biah Solehah oleh Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan  serta kempen Smart-E oleh Unit Ekonomi.
Seusai penerangan kempen , Serambi Wilayah Gabungan diteruskan lagi dengan ucapan perasmian kempen oleh Yang Dipertua BKAWM, saudara Yasin bin Awang dan seterusnya melancarkan keempat-empat kempen tersebut.
Serambi pada kali ini dimeriahkan lagi dengan slot pelantikan musyrif dan majlis sambutan hari lahir keluarga Oktober dan November melalui acara memotong kek. Serambi Wilayah Gabungan melabuhkan tirainya dengan jamuan yang disediakan kepada seluruh ahli yang hadir.
Semoga perkumpulan sebegini mendapat redha Allah SWT. dan Rasulullah SAW. Bahkan menjadi medium yang mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli BKAWM dan memberi manfaat kepada ahli melalui pengisian yang disajikan.

“BKAWM Keluarga Kita”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”

Satu Fikrah Satu Amal

Blogroll

Loading...