HAMLAH NAHJUL MUTAFAWWIQIN MENYUNTIK SEMANGAT AHLI BAGI MENGHADAPI IMTIHAN



KAHERAH, 11 Disember 2014 - Unit Pendidikan dan Pengetahuan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan program motivasi iaitu Hamlah Nahjul Mutafawwiqin selama 2 hari iaitu pada 11 dan 12 November 2014 di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan di Hayyu Sabi’. Pada tahun ini, program motivasi yang bertemakan Kecemerlangan Demi Ummah diadakan bagi tujuan meningkatkan motivasi diri ahli BKAWM sempena menghadapi peperiksaan di samping mengukuhkan kebersamaan ahli BKAWM serta menerapkan kesedaran kepentingan untuk bersama masyarakat apabila pulang ke Malaysia kelak.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah penyediaan sarapan pagi untuk ahli yang ke kuliah dan diserikan pada pagi Khamis itu dengan galakan untuk ke kuliah dan halwa telinga yang disediakan oleh pihak penganjur. Aktiviti diteruskan pada sebelah petang dengan Hari Maktabah di peringkat siswa bermula jam 3 petang sehingga 5 petang dan diteruskan dengan aktiviti ‘Outdoor’ iaitu futsal dan sambutan ahli menggalakkan. Bagi peringkat siswi pula, aktiviti Hari Maktabah di jalankan seiring dengan aktiviti ‘Indoor’ seperti congkak, ‘Chess’ , ‘Saidina’ dan lain-lain lagi. Aktiviti ‘Indoor’ dan ‘Outdoor’ yang diadakan merupakan hasil kerjasama dengan Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan BKAWM sesi 2014/2015
Program diteruskan lagi dengan aktiviti pada hari kedua dengan qiamullail dan solat subuh berjemaah dengan kerjasama Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2014/2015 dan diteruskan dengan qasidah dan ceramah motivasi yang dinamakan Sentuhan Qalbu yang telah disampaikan oleh saudara Anas bin Mohd Bukhari, Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015. Ceramah ini sedikit sebanyak menyuntik semangat ahli yang kini diambang peperiksaan. Program ditutup dengan sajian makan pagi seusai ahli bersama menjayakan ceramah pagi tersebut.
Sebagai kesimpulan, program yang dijalankan sepanjang dua hari ini telah berjaya mengukuhkan kebersamaan ahli dan juga meningkatkan kesedaran dalam diri ahli mengenai peperiksaan yang kian tiba. Sambutan dari ahli tentang program ini memberansangkan dan pihak penganjur berharap ahli dapat mengambil ilmu yang telah dipelajari dan mengamalkan agar menjadi bekalan di dunia dan diakhirat kelak.
“BKAWM Keluarga Kita”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]