GOTONG-ROYONG PERDANA MENGHIDUPKAN SUASANA MENGHADAPI PEPERIKSAAN
KAHERAH, 10 Disember 2014 - Sempena peperiksaan fasa satu
yang akan tiba dan kedatangan delegasi
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Unit Perumahan dan Rehlah (UPR)
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 dengan
kerjasama Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP) BKAWM sesi 2014/2015 telah
menganjurkan aktiviti gotong-royong
perdana, Clean to Success (COS) seiring dengan program Hamlah Nahjul Mutafawwiqin
yang telah diadakan pada hari tersebut. Bertepatan dengan tema UPR pada sesi
ini iaitu ‘Kediaman Islamik Ukhuwah Dinamik’, gotong-royong ini telah dijayakan
pada hari Jumaat dengan melibatkan seluruh ahli ARWP mengembleng tenaga,
memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kebersihan dan keceriaan ARWP.

Aktiviti gotong-royong telah
selesai dilaksanakan, dan objektif UPR yang pertama juga berjaya dicapai iaitu
‘Menghidupkan suasana kediaman yang Islamik, kondusif, bersih, selesa dan
selamat kepada setiap ahli’.
"BKAWM
Keluarga Kita""Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal
Comments
Post a Comment