SERAMBI WILAYAH GABUNGAN: Cakna Isu Semasa, Memantapkan Ukhuwah.
KAHERAH, 27 November 2014 – Unit Perumahan dan Rehlah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan Serambi Wilayah Gabungan buat julung-julung kalinya bagi sesi ini pada hari Khamis yang lalu. Program bermula seawal 7.30 malam dan dimeriahkan dengan kehadiran yang sangat menggalakkan daripada ahli rumah sewa mahupun ahli ARWP.
Program
dimulakan dengan alunan merdu qasidah, iaitu pujian-pujian kepada Rasulullah SAW
dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan. Seterusnya, program diteruskan dengan slot isu semasa
yang disampaikan oleh Saudari Dalia binti Zaidi. Slot berakhir dengan sedikit tayangan video.
Seusai
penerangan kempen , Serambi Wilayah Gabungan diteruskan lagi dengan ucapan
perasmian kempen oleh Yang Dipertua BKAWM, saudara Yasin bin Awang dan seterusnya melancarkan keempat-empat kempen tersebut.
Serambi pada kali ini dimeriahkan
lagi dengan slot pelantikan musyrif dan majlis sambutan hari lahir keluarga
Oktober dan November melalui acara memotong kek. Serambi Wilayah Gabungan melabuhkan
tirainya dengan jamuan yang disediakan kepada seluruh ahli yang hadir.
Semoga
perkumpulan sebegini mendapat redha Allah SWT. dan Rasulullah SAW. Bahkan
menjadi medium yang mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli BKAWM dan memberi
manfaat kepada ahli melalui pengisian yang disajikan.
“BKAWM Keluarga Kita”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal
Comments
Post a Comment