Kenyataan pimpinan : Makluman Penubuhan Badan Perencana Usul (BPU)
Segala
puji bagi Allah S.W.T atas segala
nikmat yang telah dikurniakan kepada hambanya, selawat dan salam atas junjungan
mulia Nabi SAW yang begitu banyak mencurahkan jasa dan bakti kepada umat yang
baginda kasihi.
1) Mempertahankan hak
zakat anak Wilayah Persekutuan di Mesir khususnya melalui tindakan:
1)
Menggesa
pengembalian semula hak permohonan biasiswa buat mahasiswa tahun dua ke atas
dan pengenalan bantuan yang berkaitan.
2)
Mempertahankan hak anak Wilayah Persekutuan
untuk menetap di ARWP dan memanfaatkannya menerusi BKAWM.
2) Pimpinan dan ahli bersama-sama
memelihara kesatuan BKAWM dengan tindakan:
1) Menolak anasir-anasir yang menggugat
kesatuan BKAWM
2) Mempertahankan BKAWM sebagai organisai yang
berperanan menjaga kebajikan anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir.
Bagi
menjayakan usul tersebut, Lajnah Perancang BKAWM sesi 2014/2015 telah mengambil
inisiatif untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa yang diberi nama Badan Perencana
Usul (BPU) yang bertujuan untuk menghasilkan pelan rangka tindakan bagi
memastikan usul-usul yang disepakati dapat dijayakan. Badan ini akan dianggotai
oleh Lembaga Penasihat , Jabatan Yang Dipertua, Lajnah Perancang, beberapa Ahli
Jawatankuasa Tadbir dan HEWI serta ahli
BKAWM yang difikirkan apabila perlu.
Justeru
itu, Lajnah Perancang BKAWM berharap dengan tertubuhnya badan ini dapat
membantu untuk memastikan keberjayaan usul yang telah disepakati bersama di
dalam MAT 16. Perkara ini perlu diambil
perhatian bagi melihat bebanan ahli yang mempunyai masalah kewangan khususnya
mahasiswa dan mahasiswi di Mesir dapat dikurangkan sekaligus mengukuhkan BKAWM
selaku medium kebajikan buat anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir. Bukanlah
pimpinan sahaja yang perlu mengerah keringat bagi menjayakan usul ini bahkan
seluruh ahli perlu memainkan peranan yang sama bagi merealisaikan hasrat murni
ini.
Terus menjayakan usul BKAWM untuk
kepentingan bersama!
“BKAWM Keluarga Kita”
“ Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal
Yang benar,
Ahmad Faris bin Mazlan,
Timbalan Yang Dipertua (Ketua Lajnah Perancang),
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015.
Ahmad Faris bin Mazlan,
Timbalan Yang Dipertua (Ketua Lajnah Perancang),
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015.
Mmuhostritta Sima Lenz https://wakelet.com/wake/sO25lWoBmqclGc1nwMQY-
ReplyDeleterecnalime
cludocWciofu Sam Taylor click
ReplyDeleteAwesome
moordmodasam