MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DELEGASI MAIWP

KAHERAH, 18 Disember 2014 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan satu majlis ramah mesra bersempena dengan kehadiran delegasi Majlis Asrama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke bumi Mesir. Majlis diadakan di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) di Kaherah dan Dewan Persidangan, Pusat Persidangan di Universiti Iskandariah pada 16 dan 18 Disember 2014. Delegasi MAIWP yang terdiri daripada 14 orang telah diketuai oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Haji Othman bin Mustapha telah tiba di Mesir. 

Majlis yang diadakan di ARWP dimulakan dengan tazkirah daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yg turut hadir bersama delegasi MAIWP. Beliau mengingatkan para pelajar mengenai apa yang terkandung di dalam ejaan nama Mesir itu sendiri daripada huruf mim, sod dan ra. Musibah atau kesukaran yang dialami dalam menuntut ilmu dan belajar menjadikan pelajar itu sabar dalam kesabaran dan akhirnya membuahkan keredaan. 

Majlis tersebut diteruskan dengan agenda yang utama iaitu sesi dialog bersama Ketua Pengarah Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaafar. Dalam ucapan beliau, para pelajar dinasihatkan supaya menguasai ilmu turath dan ilmu bahasa arab dengan baik. Cabaran pelajar di Malaysia berbeza bagi pelajar dari Mesir kerana penguasaan bahasa Inggeris, bahasa arab dan ilmu-ilmu agama yang lain amat dipandang tinggi oleh masyarakat. Bukan sahaja dalam masyarakat, elemen ini amat penting dalam mendapatkan tempat di pejabat- pejabat kerajaan seperti JAKIM. 


Majlis di akhiri dengan penyampaian sumbangan daripada MAIWP kepada BKAWM selaku penaung BKAWM. Pihak BKAWM mengucapkan sekalung penghargaan kepada MAIWP dan Mufti Wilayah Persekutuan atas kesudian meluangkan masa bersama anak-anak Wilayah Persekutuan yang berada di Ardil Kinanah.


“BKAWM Keluarga Kita”
“Pemantapan Fikrah Tunjang
Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]