ZIARAH MAKAM’14 Ulama Dikenali Thaqafah Diaplikasi

KAHERAH, 13 DISEMBER 2014- Unit Perumahan dan Rehlah BKAWM sesi 2014/2015 telah menganjurkan Ziarah Makam’14 pada 6 Disember 2014 untuk siswi dan 13 Disember 2014 untuk siswa seminggu selepas itu. Program ini bertujuan untuk meningkatkan ketaqwaan serta keimanan kepada Allah SWT dengan menghayati dan mentadabbur kisah hidup para auliya’. Selain itu, ziarah ini juga berfokus untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan meluaskan pengalaman ahli melalui tempat yang diziarahi serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM. 


Sambutan daripada ahli amat menggalakkan iaitu seramai 36 peserta diperingkat siswi dan 25 peserta di peringkat siswa. Bahkan melebihi sasaran program. Ziarah dimulakan pada jam 7 pagi dengan slot khas iaitu penerangan tawassul yang disampaikan oleh saudara Nik Mohammad Azahari bin Nik Saleh, mantan Timbalan Yang Dipertua BKAWM sesi 2013/2014 yang merupakan sesuatu pembaharuan yang dibawa pada kali ini. Pada jam 8 pagi para peserta memulakan perjalanan ke destinasi yang ditetapkan.

Antara makam yang diziarahi ialah makam di sekitar Darrasah, Babul Sya’riah, Saiyiddah Zainab, Attaba dan Muqattam. Uniknya ziarah pada kali ini bagi peringkat siswi terdapat satu musyrif dan seorang musyrifah yang memberi penerangan di setiap makam yang dilawati. Ziarah dimeriahkan lagi dengan slot kuiz  agar ahli cakna dengan pengisian dan penerangan yang diberi. Ziarah Makam ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua peserta berlatarbelakangkan Kota Kaherah di bukit Muqattam.
Harapan agar Ziarah Makam ini bukan sahaja dapat memupuk semangat ahli dalam menuntut ilmu dan mencontohi ulama’ terdahulu bahkan dapat juga menautkan ukhuwah antara ahli dan meningkat thaqafah. Moga program-program seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa akan datang.

"BKAWM Keluarga Kita"

"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal





Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]