IJTIMAK FASILITATOR PMRAM CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN



KAHERAH, 3 Februari 2015- Buat pertama kalinya Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 di bawah kelolaan Jabatan Fasilitator (JATA) telah menganjurkan Ijtimak Fasilitator. Program yang berlangsung selama lebih kurang dua jam ini telah dihadiri oleh semua fasilitator Discussion Group (DG) yang terdiri dari kalangan siswa dan siswi. Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKAWM turut sama hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Program ini diadakan di Dewan Sri Putra , Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) pada jam 8 hingga 10 pagi.
               Tujuan utama Ijtimak Fasilitator ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan buat para fasilitator terutamanya dalam bidang pengurusan. Di samping itu, pengukuhan ukhuwah dan keselarasan gerak kerja menjadi tunjang kekuatan program ini. Pengisian pertama bermula dengan pembentangan kitab Fiqh Dakwah oleh Ustaz Nasrullah, mantan Fasilitator KPKM. Kitab ini membincangkan tentang rukun dakwah, peringkat dakwah, rukun jemaah dan dalil-dalil yang menuntut individu untuk berdakwah. Para fasilitator memberikan tumpuan dan respon yang amat memberangsangkan semasa pembentangan kitab ini dijalankan.

               Agenda seterusnya merupakan agenda pembentangan laporan serta permasalahan yang dihadapi oleh setiap kumpulan Discussion Group (DG). Secara keseluruhannya, pihak siswa terdiri daripada tujuh kumpulan termasuk kumpulan Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Mutazawwijin. Pihak siswi pula terdiri daripada sembilan kumpulan termasuk kumpulan Hal Ehwal Wanita Islam (AJK HEWI).

              Kesimpulannya program Ijtimak Fasilitator PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan dapat dijalankan dengan jayanya. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala gerak kerja kita mendapat redha dan rahmat daripada Allah.

"BKAWM Keluarga Kita"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]