REHLAH KE DUMYAT SELEPAS MUSIM IMTIHAN

KAHERAH, 30 Januari 2015- Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah mengadakan rehlah ke Dumyat pada hari Sabtu yang lalu. Seramai 19 orang peserta yang terlibat terdiri daripada anak-anak Wilayah Persekutuan sendiri dan seorang wakil daripada PPMM.


               Setibanya di Dumyat, rombongan rehlah disambut mesra oleh seorang wakil pelajar di Dumyat dan bergerak terus ke pantai. Antara aktiviti yang dijalankan di sana adalah mengutip kerang, BBQ, sukaneka dan banyak lagi.  Selesai sembahyang Zohor di pantai, rehlah diteruskan lagi ke Pelabuhan Said (Port Said) yang terkenal dengan pelabuhan yang berada di penghujung benua. Perjalanan  mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Setibanya di Port Said, para peserta diberi kebebasan untuk membeli belah. Pelbagai barangan boleh dibeli di sana dengan harga yang  murah. Di sebelah malam pula, para peserta rehlah makan malam bersama-sama di Restoran Seafood El-Laban sebelum pulang ke Kaherah.

                Semoga dengan rehlah yang dianjurkan bersama oleh PPMM dan BKAWM ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta. Di samping dapat mengambil istifadah dan menenangkan fikiran serta merehatkan diri selepas peperiksaan.
               
'BKAWM Keluarga Kita"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]