WILAYAH SPORT'S DAY MENGASAH BAKAT AHLI DALAM SUKAN

KAHERAH, 30 Januari 2015 - Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (UKKS) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan program buat julung-julung kalinya iaitu Wilayah’s Sports Day (WISE) dengan tema ‘’Healthy Body, Healthy Mind’’. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli di samping ingin mewujudkan suasana hidup yang sihat melalui aktiviti kesukanan.



Pada 26 Januari 2015, pihak program telah menganjurkan aktiviti sukan futsal bagi peringkat siswa yang bertempat di Nadi Musallas. Pada pagi tersebut, program ini dirasmikan oleh saudara Muhammad Syazwan bin Hamzah dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran pasukan PMRAM cawangan Taakhi Zon A, iaitu dari PMRAM cawangan Dumyat dan  Badan Pengurus PMRAM. Pada malam tersebut, telah diadakan slot pengisian seni bela yang dijemput khas dari SWAD PMRAM diri bertempat di Dewan Sri Putra.

Bagi peringkat siswi pula telah dirasmikan oleh Saudari Musfirah binti Anuar selaku HEWI Angkat BKAWM di Dewan Sri Putra. Antara permainan yang dianjurkan ialah teng-teng, lompat tali, tali skipping, baling selipar dan galah panjang. Permainan tradisional menjadi pilihan bagi membuka ruang kepada ahli untuk mengimbau kembali kenangan semasa kecil untuk dikongsikan sesama ahli.  Pengadil telah dijemput khas dari BKAN taakhi.

Pada 27 Januari 2015 pula, program diteruskan dengan aktiviti sukan tradisional bagi peringkat siswa pula yang bertempat di Hadiqah Dauli dan aktiviti bola keranjang peringkat siswi di Nadi Zahra’. Selain itu, program juga menjemput Fityan PMRAM untuk mengadakan pameran di Maktabah Darul Madani. Program berakhir dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh saudara Muhammad Arif Bin Hamzah selaku , Badan Pengurus Angkat BKAWM. Persembahan silat dan Taekwando yang dipersembahkan oleh ahli BKAWM memeriahkan lagi majlis penutup pada malam tersebut. Pemain dan kumpulan terbaik telah diumumkan dan masing-masing mendapat hadiah yang menarik.


Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]