Ceramah Kesihatan : Winter & Human Health


KAHERAH, 28 Januari 2016- Pada 15 Disember 2015 yang lalu, Badan kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2015/2016 di bawah Unit Pendidikan dan Pengetahuan telah mengadakan Ceramah Kesihatan sempena musim sejuk yang sedang dihadapi ketika ini. Ceramah yang bertajuk Winter & Human Health yang disampaikan oleh Saudara Amirul Hakim bin Mohd Razib, Setiausaha Agung BKAWM pada sesi ini.

Beliau menceritakan perihal musim-musim yang ada di bumi Mesir ini. Antaranya ialah musim sejuk yang berlaku pada akhir bulan Oktober hingga awal bulan Mac tahun berikutnya. Juga musim panas yang bermula daripada awal bulan Mei sehingga akhir bulan September.


Dalam ceramah ini juga menceritakan penyakit-penyakit yang biasa melanda ketika musim sejuk. Antaranya ialah 'Tip Bite' yang merupakan penyakit kesejukan yang dirasai di hujung jari ketika musim sejuk. Adapun penyakit yang lain adalah 'Frost Bite' yang merupakan penyakit kesejukan yang keterlaluan di hujung jari sehingga menyebabkan ia menjadi hitam dan terpaksa dipotong. Namun, 'Frost Bite' kebiasaannya berlaku di negara-negara yang bersalji sahaja, adapun di Mesir ianya jarang berlaku.




Di pengakhiran ceramah, beliau memberi sedikit pengisian berbentuk tayangan video. Beliau juga mengingatkan hadirin agar menjadikan musim sejuk ini sebagai motivasi untuk kita lebih rajin ke kuliah dan bertalaqqi. Pepatah Arab pernah mengatakan, "Kamu tidak akan tahu musim sejuk yang cantik itu, selepas melalui musim panas yang dahsyat".
"Memperkasa Kefahaman, Meneguh Kebersamaan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"


Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]